Harian Metro

Menuju perjalanan hidup kedua

-

Setiap manusia akan mati dan meninggalk­an apa saja semua yang mereka miliki di dunia ini. Hanya amalan soleh saja akan menjadi peneman ketika kita berada di alam barzakh sebelum menempuh hari perhitunga­n kelak.

Dalam Surah Ali Imran,

ayat 185, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasany­a pada hari kiamat sahajalah akan disempurna­kan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhn­ya ia berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahann­ya dan pangkat kebesarann­ya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

“Kematian sebenarnya adalah perantara kepada kehidupan manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Di hadapan mereka ada alam barzakh sehingga hari mereka dibangkitk­an semula.” (Surah al-Mukminun, ayat 100)

Alam barzakh adalah perjalanan hidup kedua manusia selepas perjalanan hidup di dunia. Sebab itu, kematian bukan penamat kehidupan tetapi permulaan kepada kehidupan seterusnya.

Terdapat tiga peringkat kehidupan manusia iaitu kehidupan di dunia, alam barzakh dan ketiga alam akhirat. Keadaan manusia ketika hidup dan mati adalah bergantung kepada amalannya ketika di alam dunia.

Bagi mereka yang sentiasa beramal soleh, mereka melalui sakaratul maut tidak lama berbanding golongan yang ingkar dan banyak melakukan dosa.

Malaikat akan menjemput roh orang-orang baik bagi menemui Allah dengan cepat, kemudian Allah memerintah­kan malaikat supaya menempatka­n roh mereka di Illiiyin (tempat yang mulia).

Ketika berada di alam barzakh, roh manusia itu akan dipertemuk­an dengan beberapa bentuk malakut (alam ghaib).

Roh akan diperlihat­kan dengan malakut yang berbentuk elok kejadianny­a, wajahnya indah, ceria dan bau harum semerbak. Melihatnya saja hati berasa tenteram.

Apabila roh bertanya, “Siapa kamu?” Makhluk itu menjawab: “Aku adalah amal kebaikan yang kamu kerjakan. Aku akan menghantar dan menemani kamu sepanjang perjalanan kedua ini.”

Begitu juga, roh akan disambut dengan makhluk yang menakutkan, buruk rupanya serta busuk baunya. Apabila roh bertanya: “Siapa kamu?” Makhluk itu menjawab: “Aku adalah bentuk perbuatan burukmu. Aku akan menghantar dan menemani sepanjang perjalanan kedua ini.”

Ingatlah, di alam barzakh, panjang atau pendek perjalanan dihitung berdasarka­n amalan. Semakin berdosa, semakin jauh perjalanan yang perlu ditempuhi sebelum tiba di tempat istirahat yang terakhir.

Malam pertama di alam kubur adalah malam yang sangat meresahkan. Bayangkan di sana nanti, kita secara tiba-tiba berada di alam yang tidak pernah kita kenali, suasananya sungguh sepi, gelap gelita dan kita hanya seorang diri.

Sebab itu, apabila menziarahi atau melewati tanah perkuburan, kita dianjurkan berdoa untuk saudara sesama Islam yang sudah pergi mendahului kita.

 ??  ?? KUBUR adalah persinggah­an manusia untuk menuju alam akhirat.
KUBUR adalah persinggah­an manusia untuk menuju alam akhirat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia