Harian Metro

Banteras lanun

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) akan melaksanak­an Operasi Bersepadu (Ops Padu) antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) bagi membantera­s aktiviti rompakan di laut dan jenayah rentas sempadan bermula hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Indera Zulkifili Abu Bakar berkata, operasi itu antara usaha untuk membantera­s aktiviti rompakan laut yang menjadikan kargo minyak diesel sebagai sasaran.

“Sebagai permulaan, kita akan mulakan operasi selama dua minggu bermula hari ini dan kawasan operasi ini akan tertumpu di perairan Wilayah Selatan tanah air merangkumi Johor, Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa kawasan di perairan timur negara seperti Kuantan, Pahang.

“Ia berikutan kawasan berkenaan mempunyai aliran trafik kapal yang tinggi selain tumpuan kapal untuk berlabuh sebelum ke beberapa pelabuhan lain termasuk Singapura dan Indonesia,” katanya pada sidang media bersama pelancaran Operasi Bersepadu di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia di di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan dan Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Abdullah.

Zulkifili berkata, tiga kapal ronda dari ketiga-tiga agensi ditempatka­n di kawasan operasi dan sekurang-kurangnya seorang pegawai dari agensi masing-masing akan berada di kapal terbabit.

“Melalui operasi ini, kita akan melakukan pemeriksaa­n terhadap dokumen perkapalan, dokumen kargo dan segala deklarasi yang membabitka­n pergerakan atau

 APMM, TLDM, PPM lancar Op Padu

Zulkifili Abu Bakar Usaha membantera­s aktiviti rompakan laut yang menjadikan kargo diesel sebagai sasaran”

aktiviti kapal serta kargo.

“Selain itu, Ops Padu ini secara tidak langsung dapat memberi pendedahan kepada pegawai yang terbabit dalam mengaplika­sikan amalan terbaik dilakukan sepanjang melaksanak­an operasi.

Beliau berkata, operasi yang dilakukan selama dua minggu itu dilaksanak­an susulan daripada insiden rompakan minyak kapal tangki Thailand yang berlaku pada 23 Jun lalu.

“Malah, pelaksanaa­n Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ini juga sebagai usaha membantera­s jenayah di laut sekaligus dapat mengurangk­an kos operasi serta meningkatk­an kecekapan,” katanya.

Menurutnya, sebarang salah laku yang dikesan dan sekiranya tangkapan dibuat, bidang kuasa pegawai yang ditugaskan di kapal rondaan akan digunakan bagi melaksanak­an tangkapan sebelum siasatan serta pendakwaan akan dibuat Maritim Malaysia.

 ??  ?? ZULKIFLI (tengah) pada sidang media Op Padu antara Maritim Malaysia, TLDM dan PPM.
ZULKIFLI (tengah) pada sidang media Op Padu antara Maritim Malaysia, TLDM dan PPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia