Harian Metro

Wajib daftar anak lahir di Malaysia

-

Kuantan: “Warga asing termasuk pendatang haram yang melahirkan anak di Malaysia wajib mendaftark­an anak mereka di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN),” kata Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohd Yazid Ramli.

Beliau berkata, walaupun bukan warga negara warga asing wajib mendaftark­an anak mereka sebelum pergi ke kedutaan masing-ma- sing untuk urusan seterusnya.

“Di JPN kami mendaftark­an setiap kelahiran tanpa mengira status. Jika lahir di Malaysia perlu daftar di Malaysia. Jika tidak daftar mungkin menyebabka­n berlaku kesukaran pada masa akan datang,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Katanya, jika terlewat mendaftark­an kelahiran, ibu bapa masih boleh berbuat demikian.

“Selepas mendaftar, anak warga asing ini kita akan bagi sijil pendaftara­n dan mereka boleh membawanya untuk urusan seterusnya di kedutaan masing-masing.

“Selain itu, untuk permohonan sijil kematian membabitka­n warga asing juga perlu melalui JPN. Jika meninggal (mati) di Malaysia perlu juga mendaftark­an dengan JPN untuk tujuan mendapatka­n sijil kematian,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yazid berkata, orang ramai mempunyai masalah berkaitan pendaftara­n boleh berurusan di mana-mana pejabat JPN di seluruh negara bagi mendapatka­n khidmat nasihat dan mengemukak­an permohonan.

“Kita mempunyai pejabat di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di seluruh negara yang beroperasi di luar waktu pejabat biasa iaitu tujuh hari seminggu dari jam 8.30 pagi hingga jam 9 malam.

“Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi JPN iaitu www.jpn.gov.my,” katanya.

 ??  ?? MOHD Yazid
MOHD Yazid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia