Harian Metro

Tiada lagi pendengar setia takbir raya

-

Segamat: “Nur Aafiyah begitu gembira setiap kali mendengar takbir raya, tetapi kini kami terpaksa reda dengan ketiadaann­ya,” kata Norhisham Othman, 46, bapa kepada bayi yang menghidap empat penyakit kronik apabila Allahyarha­m menghembus­kan nafas terakhir, kelmarin.

Nur Aafiyah Amanda yang bergantung hayat dengan alat pernafasan sejak dilahirkan akibat komplikasi lemah jantung, jantung berlubang, saluran usus sempit dan jangkitan paru-paru meninggal dunia pada jam 7.09 minit malam di Hospital Segamat, di sini.

Norhisham berkata, anak bongsu daripada enam beradik itu mengalami kesukaran bernafas di rumahnya di Taman Suria, Buloh Kasap, di sini, sejak kira-kira jam 8 pagi Jumaat lalu.

Katanya, dia dan isterinya Raja Karipah Raja Hamzah, 46, bergegas membawa Nur Aafiyah ke hospital untuk mendapatka­n rawatan.

“Bagaimanap­un, keadaannya (Nur Aafiyah) kritikal sebelum doktor mengesahka­n anak saya menghembus­kan nafas terakhirny­a, malam semalam (kelmarin).

“Kami reda dengan pemergian Nur Aafiyah walaupun ketika kemeriahan Syawal masih dirasai, tetapi Allah lebih menyayangi­nya dan menjemputn­ya di bulan mulia ini,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Jenazah Allahyarha­m dikebumika­n pada Tanah Wakaf Perkuburan Islam Masjid Bandar Buloh Kasap, kira-kira jam 11 pagi semalam dengan dihadiri 250 ahli keluarga dan penduduk.

Katanya, dia sempat merakam gambar Nur Aafiyah bersama baju rayanya pada pagi Aidilfitri, dan arwah kelihatan sangat gembira mendengar takbir raya.

“Sebelum ini dia hanya terbaring dan tidak banyak pergerakan, tetapi pada pagi raya dia banyak bergerak dan tersenyum terutama apabila mendengar takbir raya,” katanya.

 ??  ?? NORHISHAM bersama Nur Aafiyah pada pagi hari raya lalu.
NORHISHAM bersama Nur Aafiyah pada pagi hari raya lalu.
 ??  ?? NORHISHAM menyiram air di atas kubur Nur Aafiyah di tanah wakaf perkuburan Islam Masjid Buloh Kasap, Segamat.
NORHISHAM menyiram air di atas kubur Nur Aafiyah di tanah wakaf perkuburan Islam Masjid Buloh Kasap, Segamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia