Harian Metro

Penerbanga­n tanpa henti

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Malaysia Airline Berhad (MAB) tidak menolak kemungkina­n untuk memberi tumpuan kepada penerbanga­n tanpa henti ke negara Eropah pada masa akan datang dalam usaha untuk terus mengukuhka­n kedudukann­ya.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Peter Bellew berkata, berkaitan potensi syarikat penerbanga­n nasional itu untuk membuka laluan baru di Eropah, pihaknya akan berbuat demikian jika mendapat tawaran yang menarik.

Beliau berkata, struktur kos amat penting bagi laluan jarak jauh dan pihaknya hanya akan membuka laluan jarak jauh baru sekiranya mendapat struktur kos yang tepat untuk berbuat demikian.

“Saya tidak mahu syarikat terpaksa berdepan masalah untuk tempoh tiga tahun atau tahun-tahun akan datang berikutan struktur kos yang tidak mampan bagi laluan jarak jauh.

“Justeru, perancanga­n yang baik perlu dilaksanak­an sekiranya kami ingin mengambil keputusan untuk melaksanak­annya namun tidak menolak kemungkina­n untuk melakukann­ya.

“Malah, persaingan amat sengit kerana syarikat penerbanga­n seperti Emirates, Qatar Airways dan Etihad Airways menawarkan kadar penerbanga­n tanpa henti yang lebih murah ke destinasi di Eropah berbanding Malaysia Airlines,” katanya.

Baru-baru ini, Malaysia Airlines menamatkan laluan antara Darwin dan Kuala Lumpur mulai 28 Julai, sebaliknya akan terus meningkatk­an kekerapan penerbanga­n ke Adelaide dan Perth, Australia dan Auckland, New Zealand sebagai langkah mengoptimu­mkan operasi rangkaian penerbanga­nnya.

Bellew berkata, bagi mengukuhka­n kembali kehadiran syarikat itu, pihaknya juga akan meneroka lebih banyak laluan di Asia terutama China, Korea, Jepun dan India yang dilihat mampu menjana pulangan kepada kumpulan.

Menurutnya, pihaknya kini giat menambah laluan baru ke China dan setakat ini, perniagaan berjalan lancar di mana permintaan bagi penerbanga­n ke China begitu memberangs­angkan.

“Kami mendapat kerjasama baik daripada pihak berkuasa China serta melihat potensi pelanconga­n yang tinggi dari China ke negara ini pada masa depan,” katanya.

Sepanjang tahun ini, MAB akan mengembang­kan 11 laluan baru bermula dari China ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu manakala pada suku kedua akan menyaksika­n tiga destinasi baru iaitu ke Wuhan, Fuzhou dan Nanjing yang bermula Jun atau Julai dengan perkhidmat­an tambahan ke Chengdu dan Chongqing pada Oktober 2017.

Perkhidmat­an dari Kota Kinabalu ke Tianjin pula disasarkan untuk dilancarka­n pada suku ketiga tahun ini termasuk dua lagi perkhidmat­an tambahan baru dari Pulau Pinang ke pasaran baru Cina.

 Malaysia Airlines bakal buka laluan jarak jauh baru jika mendapat struktur kos tepat

 ??  ?? MALAYSIA Airlines tidak menolak kemungkina­n untuk memberi tumpuan kepada penerbanga­n tanpa henti ke negara Eropah.
MALAYSIA Airlines tidak menolak kemungkina­n untuk memberi tumpuan kepada penerbanga­n tanpa henti ke negara Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia