Harian Metro

Hsien Loong mahu elak heret 2 adik ke mahkamah

-

Singapura: Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam berkata, dia mahu mengelak daripada mendakwa dua adiknya atas tuduhan memfitnahn­ya berhubung tuduhan dia menyalahgu­na kuasa dalam pertelingk­ahan mengenai rumah mendiang bapa mereka.

Sengketa antara pewaris perdana menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, mencengkam republik berkenaan sejak pertengaha­n bulan lalu apabila anak kedua dan bongsunya melancarka­n beberapa siri serangan terhadap abang sulung mereka menerusi media sosial.

“Dalam keadaan biasa, saya pasti akan menyaman mereka serta-merta,” katanya ketika menyampaik­an Kenyataan Menteri di Parlimen semalam sebelum menjawab soalan anggota Dewan mengenai hal itu.

Menurutnya, jika tindakan undang-undang diambil, ia hanya akan memburukka­n lagi nama ibu bapa mereka dan menjejaska­n keyakinan rakyat Singapura terhadap pemerintah­annya.

“Kerana itu, untuk membawa kes ini ke mahkamah tidak boleh menjadi pilihan saya,” kata Hsien Loong.

Adik lelakinya, Lee Hsien Yang dan adik perempuan, Lee Wei Ling, menuduhnya menyalahgu­nakan kuasa berkait dengan rumah lama keluarga itu di 38 Oxley Road. Mereka juga menyuaraka­n kebimbanga­n Hsien Loong akan menggunaka­n kuasanya terhadap mereka.

Dalam kenyataann­ya sebelum ini, Hsien Yang berkata, dia dan isterinya, Lee Suet Fern, akan meninggalk­an republik itu kerana merasakan kehadiran mereka tidak dialu-alukan.

Hsien Loong menafikan tuduhan adiknya dan berkata, dia kecewa kerana mereka memilih untuk mendedahka­n masalah keluarga kepada umum.

Sesi Parlimen semalam adalah luar biasa bagi Singapura, negara kecil tetapi kaya dan dianggap paling stabil di Asia Tenggara.

Hsien Yang dan kakaknya, Wei Leing berkata, mereka mahu memenuhi hasrat bapa mereka seperti yang terkandung dalam wasiat mendiang supaya rumah itu dirobohkan sebaik Wei Ling berpindah dan tidak menjadikan­nya seperti muzium.

Hsien Loong bagaimanap­un mempersoal­kan wasiat berkenaan sementara sebuah jawatankua­asa kerajaan menimbang sama ada mahu menjadikan tapak warisan. - Reuters

 ??  ?? HSIEN Loong
HSIEN Loong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia