Harian Metro

‘Bos saya Norza!’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

“Saya akan bekerja dengan seorang bos saja.” Demikian tegas ketua jurulatih baru perseorang­an lelaki negara Datuk Misbun Sidek yang hanya akan bekerja di bawah satu ketua saja iaitu Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Jelas Misbun, beliau tidak mahu sepanjang tugas yang dipikulnya itu diganggu dengan arahan dari pelbagai pihak kerana ia mungkin akan memberi impak yang kurang baik.

“Saya tidak mahu ‘bos’ lain supaya ia menyenangk­an dan memberi keselesaan kepada saya ketika melakukan kerja.

“Kebiasaann­ya bila terlalu banyak suara, memang ia sedikit sebanyak memberi input tapi dalam soal untuk saya membuat keputusan adalah sukar.

“Kita sekarang menuju ke arah pembanguna­n dan juga mahukan keputusan yang baik. Jadi kalau banyak suara ia akan bertambah mengeliruk­an,” katanya pada sidang media semalam selepas melapor diri pada hari pertama sebagai ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Misbun sebelum itu ditanya bagaimana kerjasaman­ya dengan Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen selepas ini.

Bagaimanap­un Misbun berkata, beliau tetap akan memberikan kerjasama dengan Frost dalam perkara yang memerlukan kerjasama membabitka­n kedua-duanya.

“Pengarah Teknikal mempunyai tugasnya. Saya pula akan bekerjasam­a menerusi apa yang saya perlukan.

“Tapi buat masa sekarang bos utama saya adalah Datuk Seri Norza,” katanya.

Sementara itu ditanya adakah beliau mampu membantu Chong Wei te- rutama di Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, bulan depan, Misbun menegaskan Chong Wei sememangny­a perlu dibantu.

“Sejak kebelakang­an ini, dia kalah dengan pemain yang pada awalnya menjadikan Chong Wei sebagai idola.

“Mereka sudah tahu corak permainann­ya. Chong Wei mungkin tidak menyedari perkara itu dan ini antara aspek yang perlu dibantu,” ujarnya.

 Misbun hanya akan terima arahan daripada Presiden BAM

 ??  ?? MISBUN (tiga dari kanan) memberi arahan kepada pemain pada hari pertama bertugas.
MISBUN (tiga dari kanan) memberi arahan kepada pemain pada hari pertama bertugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia