Harian Metro

Pengadil lebih lama belajar

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh menganggap tindakan jurulatih Pahang, Dollah Salleh membidas mutu pengadilan perlawanan Liga Super menentang FELDA United Sabtu lalu sebagai ‘tidak kena tempat.’

Katanya, Dollah seharusnya menggunaka­n platform yang betul untuk menyuaraka­n rasa tidak puas hati atau sebarang bantahan terhadap keputusan pengadil perlawanan kerana beliau bimbang luahan sebegitu akan membakar api kebencian penyokong terhadap pengadil.

“Nasihat saya

(gambar)

kepada Dollah, luahan untuk memperbaik­i mutu pengadilan itu bagus tapi tak kena tempat. Bila ia diluahkan seperti dilakukan sekarang, ia bukan memberikan yang positif tapi akan menarik minat penyokong tegar untuk membenci pengadil yang belum tentu betul seperti yang beliau katakan.

“Sebelum ini, saya ada nasihat kepada pegawai termasuk pemain serta jurulatih yang terbabit dalam Liga Malaysia (Liga-M) dan kita memiliki saluran yang khusus untuk mereka membuat laporan.

“Saya tidak pasti berapa lama Dollah belajar ‘Law of the Game’ (undang-undang perlawanan) dan mungkin ada beberapa percanggah­an berlaku tapi pengadil lebih lama belajar.

“Jadi, saya harap biarlah kita saling menghormat­i dan nasihat saya kepada Dollah, gunakanlah saluran yang betul,” katanya.

 Subkhiddin selar tindakan Dollah bidas pengadil, mahu pengendali Pahang guna saluran betul

Arena Metro semalam melaporkan kekecewaan Dollah dengan mutu pengadilan yang didakwanya sebagai berat sebelah hingga menyaksika­n anak buahnya tewas 1-2 kepada FELDA United menerusi gol kemenangan sepakan penalti di hujung perlawanan.

Pengendali skuad Tok Gajah itu menyatakan beliau sudah tidak boleh berdiam diri lagi kerana sudah banyak kali menjadi mangsa keadaan dan yang terbaru membabitka­n keputusan pengadil Mohammad Zamzaidi Katimin.

Sebaliknya Subkhiddin memuji tindakan Melaka United yang membuat bantahan rasmi terhadap pengadil dengan mengemukak­an klip video berhubung kad merah Jasmin Mecinovic ketika seri 1-1 dengan Selangor PKNS, Sabtu lalu.

“Mereka menjelaska­n kesalahan itu secara berfakta dan memberikan klip video menunjukka­n situasi yang berlaku. Kami berpuas hati dengan laporan itu dan memohon maaf serta berterima kasih kepada Melaka United,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN FELDA United meraikan kejayaan menewaskan Pahang.
PEMAIN FELDA United meraikan kejayaan menewaskan Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia