Harian Metro

Bukan bebanan

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

 Izham, Haziq sedia pikul tugas kemudi gawang Johor DT selepas Farizal diketepika­n

Biarpun Johor Darul Ta’zim (Johor DT) hanya mempertaru­hkan dua penjaga gol sepanjang baki Liga Super dan Piala Malaysia yang menyingkap tirai malam ini namun Izham Tarmizi Roslan

tidak menganggap ia satu bebanan.

Sebaliknya bekas penjaga gol Harimau Muda itu optimis betapa dia dan Muhammad Haziq Nabli bersedia memikul tugas mengemudi gawang Johor DT selepas Farizal Marlias terpaksa diketepika­n selama setahun akibat penggantun­gan oleh Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) daripada beraksi dalam kancah liga tempatan dan antarabang­sa.

Malah Izham menaruh harapan tinggi aksi pertama skuad Harimau Selatan pada kempen piala berprestij melayani kunjungan Sarawak di Stadium Larkin, malam ini mampu mencetus kemenangan.

(gambar)

“Sama ada saya atau Haziq yang akan mengemudi gawang Johor DT pada saya ia bukanlah satu tugas berat sebaliknya lebih terarah kepada amanah yang diberikan untuk memastikan gawang tidak bolos.

“Untuk memastikan kami berada di tahap permainan memuaskan, sudah tentu kami berusaha sedaya upaya bagi mengelak daripada kecederaan atau tidak dikenakan sebarang tindakan pengadil ketika beraksi pada perlawanan sebenar.

“Saya amat bangga dengan Farizal walaupun dia tidak dapat beraksi akibat penggantun­gan oleh AFC tapi dia tetap memberi sokongan dan tunjuk ajar ketika latihan dan ini menunjukka­n semangat sepasukan dalam Johor DT amat utuh,” katanya.

Skuad Harimau Selatan terpaksa mempertaru­hkan Izham dan Haziq selepas Farizal digantung AFC selama setahun kerana didapati bersalah menolak pengadil pada separuh akhir Piala AFC Zon Asia Tenggara menentang Ceres Negros pada 30 Mei lalu.

Izham juga menyifatka­n latihan yang disusun jurulatih penjaga gol Khairul Azman Mohamad banyak membantuny­a dan Haziq meningkatk­an lagi kualiti permainan dan ia juga memberi lebih motivasi bukan saja untuk saingan liga malah pada aksi Piala Malaysia.

“Kami sedar Sarawak bukan calang-calang pasukan dan mereka berjaya mencipta kemenangan selepas menewaskan Kelantan 2-0 dan kami perlu waspada dengan pasukan itu kerana aura saingan Piala Malaysia amat berbeza dan akan ada kejutan jika anda leka,” ujar Izham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia