Harian Metro

Kemahiran warisan nenek

-

“Bermula dengan pengeluara­n sekitar 500 biji sehari, ia terus meningkat berkali ganda hingga kadangkala tidak cukup tangan kerana mendapat sambutan baik daripada pelanggan,” katanya.

Pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan dari kolej swasta di Bangi, Selangor ini berkata, beliau kemudian bertemu jodoh kali kedua dengan Amirul Syafiq Azman, 28, pada pertengaha­n 2015, yang menjadi pendorong untuk terus berjaya dalam perniagaan.

Norlizawat­i yang kini menetap di Senawang, Negeri

Norlizawat­i sasar raih nilai jualan

kepada RM600,000

menjelang akhir tahun ini Bermula dengan pengeluara­n sekitar 500 biji sehari, ia terus meningkat berkali ganda hingga kadangkala tidak cukup tangan kerana mendapat sambutan baik daripada pelanggan

Sembilan mengembang­kan perniagaan itu dengan menubuhkan syarikat Sweeto Pineapple Houz Enterprise (Sweeto).

Beliau menyewa satu lot perniagaan di pasar raya Kipmart Senawang bagi melancarka­n proses pengeluara­n dan pemasaran produk berkenaan.

“Setakat ini, dua produk tart yang menggunaka­n nama tart nanas mama dikeluarka­n iaitu tart nanas gulung dan tart nanas cheese.

“Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani

(MOA) melalui Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) juga banyak membantu menjadi seorang usahawan.

“MARDI membantu dari segi peralatan ketuhar dan kualiti produk selain khidmat nasihat untuk terus bersaing, manakala FAMA menyalurka­n bantuan kewangan bagi pelabelan dan kemudahan dalam premis sekali gus meringanka­n beban operasi,” katanya yang mengeluark­an modal RM15,000.

Katanya, melalui sokongan tujuh pekerja dan 30 ejen di seluruh negara, Sweeto sudah berjaya memasarkan produk berkenaan sekitar 10,000 pek sebulan dengan nilai jualan mencecah sekitar RM50,000 sebulan.

“Saya menyasarka­n untuk meraih nilai jualan kepada RM600,000 menjelang akhir tahun ini dan yakin ia boleh dicapai.

“Selain itu juga, saya sudah merancang menambah beberapa produk baru termasuk pelbagai jenis kek, biskut kelapa dan biskut bulat selain kuih semperit,” katanya. -Mohd Amin Jalil

 ??  ?? NORLIZAWAT­I di hadapan premis yang disewa.
NORLIZAWAT­I di hadapan premis yang disewa.
 ??  ?? NORLIZAWAT­I (dua dari kanan) memantau pekerjanya.
NORLIZAWAT­I (dua dari kanan) memantau pekerjanya.
 ??  ?? NORLIZAWAT­I memastikan proses pembakaran dan pengeluara­n kuih tart nanas dilakukan sempurna.
NORLIZAWAT­I memastikan proses pembakaran dan pengeluara­n kuih tart nanas dilakukan sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia