Harian Metro

KOMBINASI AKUAKULTUR, HIDROPONIK

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Ikan dan sayuran adalah antara sumber utama makanan yang jika mampu dihasilkan sendiri sudah pasti dapat meringanka­n beban perbelanja­an isi rumah terutama bagi golongan pendapatan rendah dan sederhana.

Kerajaan daripada pelbagai jabatan dan agensi berusaha memperkena­lkan pelbagai produk inovasi yang bertujuan membantu golongan berkenaan.

Ia termasuk projek aquaponik yang mengabungk­an kombinasi akuakultur (ternakan ikan) dan hidroponik (tanaman tanpa tanah).

Aquaponik bertujuan membantu meringanka­n beban melalui ternakan ikan dan tanaman sayuran, namun jika diusahakan secara komersial mampu menjadi punca pendapatan lumayan,

Ini kerana aquaponik tidak memerlukan ruang besar serta boleh diusahakan di kawasan bandar.

Di Perak sahaja setakat ini kira-kira 70 peserta menyertai projekaqua­ponik yang dikendali dan dipantau Jabatan Perikanan Perak.

Pengarah Jabatan Perikanan Perak, Dr Bah Piyan Tan berkata, projek berkenan diperkenal­kan pada 2015 secara menyeluruh di peringkat kebangsaan dan Perak turut menyertain­ya membabitka­n beberapa peserta terpilih.

“Konsep aquaponik ini adalah air yang digunakan untuk ternakan ikan dimanfaat sepenuhnya sebagai baja untuk sayuran.

“Hasil ternakan dan tanaman adalah lebih kepada kegunaan sendiri dalam meringanka­n beban perbelanja­an isi rumah,” katanya pada Mini Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) dan Agrofest Perak 2017 sempena sambutan Hari Terbuka Armada di Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, baru-baru ini.

Bah Piyan berkata, melalui projek berkenaan peralatan termasuk tangki air untuk membela ikan, benih ikan dan sayur diberikan kepada peserta secara pemberian sekali sahaja.

“Peserta perlu mengusahak­annya hingga membuahkan hasil serta mampu meneruskan­nya untuk ternakan dan tanaman seterusnya.

“Peserta kebiasaann­ya dibekalkan dengan benih ikan keli atau tilapia dan benih sawi serta tangki dengan kos dianggarka­n RM3,500.

“Kira-kira 70 peserta di seluruh Perak masih mengusahak­annya dan kami memantau perkembang­annya, namun buat masa ini tiada peruntukan baru untuk projek aquaponik,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, Jabatan Perikanan bersedia memberi khidmat nasihat kepada pihak yang berminat mengusahak­annya terutama secara komersial.

Menurutnya, orang ramai yang berminat boleh mendapatka­n maklumat mengenai projek berkenaan di Pejabat Perikanan terdekat.

Konsep aquaponik gabung ternakan

ikan dan tanaman sayuran

 ??  ?? 1
2
3 BAH Piyan menunjukka­n bagaimana aquaponik berfungsi.
AQUAPONIK kombinasi projek ternakan ikan dan tanaman sayuran.
AQUAPONIK bertujuan membantu meringanka­n beban melalui ternakan ikan dan tanaman sayuran.
1 2 3 BAH Piyan menunjukka­n bagaimana aquaponik berfungsi. AQUAPONIK kombinasi projek ternakan ikan dan tanaman sayuran. AQUAPONIK bertujuan membantu meringanka­n beban melalui ternakan ikan dan tanaman sayuran.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia