Harian Metro

Sayang ‘Joni’ ekor bercabang empat

-

Tumpat: “Saya pernah ditawarkan belasan ribu ringgit, namun saya tolak kerana sayangkan Joni,” kata pensyarah kolej swasta Kuchik Ghazali, 27, yang memelihara mengkarung mempunyai ekor bercabang empat sejak Mac lalu.

Kuchik berkata, reptilia itu ditemui di tempatnya bertugas di sebuah kolej swasta di Kota Bharu.

Katanya, kali pertama melihat haiwan itu yang dinamakan Joni, dia hanya menangkap gambarnya saja sebelum ia melarikan diri.

“Saya tunjukkan gambar itu kepada rakan dan mereka terkejut melihat ekor mengkarung berwarna coklat muda itu bercabang empat, spesies berbeza dengan yang lain.

“Sejak hari itu saya bertekad menangkap haiwan sepanjang 10 sentimeter (sm) itu. Hanya pada Mac lalu, saya berjaya menangkapn­ya menggunaka­n baldi.

“Haiwan itu kemudian dibawa pulang ke rumah untuk dipelihara sehingga kini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kutan Hulu di sini, semalam.

Menurutnya, sejak dia memelihara Joni, ramai datang ke rumahnya semata-mata untuk melihat sendiri keunikan mengkarung berkenaan.

“Ketika Joni masih kecil, ia sangat jinak dan boleh dipegang, namun kini saya tidak lagi berbuat demikian kerana ia agak agresif.

“Setiap hari saya beri Joni makan cengkerik untuk tiga kali hidangan dan kini ia membesar sehingga 20 cm,” katanya.

Katanya, dia juga memuat naik gambar Joni di Internet dan beberapa individu menghubung­inya untuk membeli mengkarung terbabit dan menawarkan harga yang cukup lumayan.

“Semuanya saya tolak kerana masih sayangkan Joni. Keunikanny­a tidak mungkin ada pada mengkarung lain.

“Saya anggap Joni anugerah Allah kepada saya dan akan menjaganya sebaik mungkin,” katanya.

 ??  ?? KUCHIK menunjukka­n mengkarung­nya yang mempunyai ekor bercabang empat, semalam.
KUCHIK menunjukka­n mengkarung­nya yang mempunyai ekor bercabang empat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia