Harian Metro

Ayah Boss 77 digempur STAGG

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Polis menahan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ disyaki Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Double Seven (77) hasil serbuan anggota polis di Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam serbuan jam 9.45 malam kelmarin, suspek lelaki berusia 47 tahun terbabit ditahan menerusi Operasi Cantas (Op Cantas) dilaksanak­an Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsteris­me (STAGG) Bukit Aman.

Difahamkan suspek dikenali dengan panggilan Pak Long Gan (PLG) atau Ayah Boss serta Brother Gan, ditahan bagi siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966 selepas disyaki terbabit dengan kongsi gelap.

Semakan dilakukan pihak polis turut mendapati suspek mempunyai rekod dikehendak­i berhubung satu kes culik seorang pengikut yang sedang berbaiah untuk menjadi ahli kongsi gelap di Chenderian­g, Perak pada 2011.

Sumber polis berkata, hasil penahanan itu polis turut merampas baju korporat disyaki ada kaitan pertubuhan kongsi gelap disertai lelaki terbabit serta sebuah telefon bimbit.

“Pemeriksaa­n fizikal turut mendapati suspek mempunyai beberapa tatu pada bahagian badan dan lengannya dipercayai simbol kumpulan kongsi gelap.

 Ketua kongsi gelap dikehendak­i berhubung kes culik ditahan

“Siasatan juga mendapati suspek juga bekas pemimpin Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah Malaysia (PEKIDA) serta mempunyai kaitan dengan Badan Amal Tarbiah Sejagat Batas Malaysia (BATAS) yang mempunyai rangkaian hubungan dengan artis dan ahli politik.

“Suspek terbabit ditahan dan dibawa ke pejabat STAGG Bukit Aman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Penangkapa­n suspek juga mencetuska­n huru-hara di dalam media sosial sejak pagi semalam di kalangan remaja serta mereka yang dipercayai menganggot­ai pelbagai kumpulan kongsi gelap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia