Harian Metro

Kukuh jaringan bisnes MTDC, ASPA tingkat kerjasama bantu PKS peroleh teknologi baru, elak syarikat diragui

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Malaysian Technology Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd (MTDC) berhasrat mengukuhka­n jaringan perniagaan syarikat tempatan ke luar negara melalui kerjasaman­ya dengan Persatuan Taman Sains Asia (ASPA).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Norhalim Yunus berkata, kerjasama itu dijangka memberi manfaat kepada syarikat tempatan melalui pemilikan dan pemindahan teknologi, pengedaran serta usaha sama, sekali gus dapat mengelakka­n risiko bekerjasam­a dengan syarikat palsu dan diragui.

“Kami berharap syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan akan memanfaatk­an peluang ini kerana sesetengah teknologi tidak boleh didapati di Malaysia,” katanya pada Mesyuarat Perniagaan Asia 2017 di sini, semalam.

Acara anjuran MTDC dan ASPA selama sehari itu membabitka­n padanan perniagaan antara 22 syarikat dari Korea, Iran, Taiwan dan Indonesia serta 35 syarikat tempatan.

Ia platform bagi usahawan tempatan dan antarabang­sa meneroka pasaran perniagaan baru diAsia dalam pelbagai bidang termasuk penjagaan kesihatan, elektrik dan elektronik, robotik dan jentera.

Beliau berkata, MTDC merancang menghantar sekurang-kurangnya enam usahawan siswazah yang dibiayai pihaknya ke Universiti Kebangsaaa­n Kyungpook, Korea Selatan selama dua minggu untuk mempelajar­i teknologi Asia.

“Langkah ini sebahagian usaha mempromosi­kan kerjasama MTDC di samping merancang menghantar beberapa syarikat sempena Mesyuarat Agung Tahunan ASPA di Vietnam, Oktober ini,” katanya.

Mengulas Mesyuarat Perniagaan Asia 2017, Norhalim berkata, pihaknya menjangka antara 50 hingga 60 syarikat tempatan menyertai acara berkenaan berbanding lebih 100 syarikat tahun lalu.

“Kami membuka platform ini kepada syarikat tempatan meskipun selepas penganjura­n acara bagi memberi peluang kepada mereka meneroka pasaran luar negara,” katanya.

ASPA adalah organisasi bukan kerajaan yang disertai 60 organisasi taman sains dari 20 negara untuk melaksanak­an pembanguna­n bersama dalam bidang sains dan teknologi, industri dan ekonomi di Asia.

 ??  ?? NORHALIM (dua dari kiri) bersama Setiausaha Agung ASPA Dr Sun Kook Kwon (kiri) mendengar taklimat teknologi yang dipamerkan.
NORHALIM (dua dari kiri) bersama Setiausaha Agung ASPA Dr Sun Kook Kwon (kiri) mendengar taklimat teknologi yang dipamerkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia