Harian Metro

ROONEY KEMBALI KE GOODISON PARK?

- Agensi

 Everton akan bayar bintang England itu RM1.4 juta seminggu dengan kontrak dua tahun

London

Wayne Rooney dijangka kembali ke Everton selewat-lewatnya hujung minggu ini. Toffees juga diramal meneruskan perbelanja­an besar pada musim panas ini dengan membeli penyerang Arsenal, Olivier Giroud dengan harga £20 juta (RM110 juta).

Rooney, 31, diketepika­n daripada skuad Manchester United bagi siri jelajah pramusim di Amerika Syarikat bermula Ahad ini.

Sumber terdekat kedua-dua kelab menyatakan perpindaha­n itu akan menjadi kenyataan manakala berita dari Old Trafford kelmarin turut mengesahka­n perjanjian sudah dimeterai.

Penjaring gol terbanyak United sepanjang zaman dengan 253 gol itu akan kembali ke Goodison Park 13 tahun selepas dia meninggalk­an kelab itu untuk menyertai United dengan harga £26.5 juta (RM147 juta).

Rooney bersetuju dengan perjanjian itu selepas rehat musim panas yang mana dia membincang­kan masa depannya bersama isteri Coleen dan ahli keluargany­a. Tiada sebarang tawaran dari MLS dan penjaring terbanyak England dengan 53 gol itu tidak mahu membawa keluargany­a ke China. Everton pula seringkali menjadi pilihannya.

Penyerang

Rooney

mungkin akan bermain dengan peranan No 10 bersama Giroud, 30, yang dijangka berganding­an dengannya di barisan serangan di tempat Romelu Lukaku, yang mungkin berpindah ke Chelsea dengan harga £90 juta (RM499 juta).

Pencari bakat Everton, Carlo Jacomuzzi memberitah­u radio Itali: “Kami mengikat Giroud dengan harga £20j. Ia lebih bagus berbanding £22 juta (RM122 juta) diminta Napoli bagi mendapatka­n khidmat Duvan Zapata.”

Khidmat Rooney kurang digunakan di United dan gagal berada dalam kesebelasa­n utama bagi final Piala Liga mahupun final Liga Europa.

Everton akan membayar gaji sama £250,000 (RM1.4 juta) seminggu diterimany­a di United dengan kontrak dua tahun dan pilihan tambahan setahun lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia