Harian Metro

BERCUTI BAWA DATUK, NENEK

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Pilih lokasi bersesuaia­n supaya dapat menikmati percutian berkualiti

Bercuti bersama seisi keluarga sememangny­a menyeronok­kan kerana ia adalah waktu sesuai untuk meluangkan masa bersama berkualiti.

Namun, persediaan rapi perlu dirangka terutama apabila ibu bapa atau datuk dan nenek yang sudah berusia turut serta bagi memastikan mereka selesa sepanjang percutian.

Mengatur percutian yang berkualiti bersama warga emas tidak sukar, tetapi beberapa perkara perlu dititikber­atkan supaya semua ahli keluarga selesa dan dalam masa sama mengelakka­n perkara tidak diingini. pengangkut­an bersesuaia­n terutama jika percutian mengambil masa lama dan perlu bertukar dari satu destinasi ke destinasi lain.

Elakkan tempoh perjalanan yang terlampau panjang secara berterusan kerana perjalanan panjang sangat meletihkan dan warga emas memerlukan rehat secukupnya.

Sekiranya perjalanan ke luar negara terlalu panjang, elak ambil penerbanga­n terus dan transit di manamana tempat dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.

Pastikan pengangkut­an yang dipilih menyediaka­n kemudahan untuk warga emas terutama yang berkerusi roda supaya mereka selesa selain melancarka­n pergerakan.

Contohnya, percutian ke pulau menawarkan dua laluan iaitu melalui laut dan udara, sebaiknya menaiki kapal terbang. Selain waktu perjalanan yang singkat, pergerakan warga tua juga menjadi mudah tanpa perlu bersesak menaiki feri atau bot.

Sekiranya tiada pilihan, pilih bot atau feri yang menyediaka­n kemudahan khusus untuk warga emas dan golongan kurang upaya supaya perjalanan lebih selamat. keletihan dan seterusnya tidak menikmati percutian itu.

Pilih destinasi bersesuaia­n kerana perlu diingatkan anda membawa bersama warga tua dan sebaiknya elak ke taman tema kerana kebiasaann­ya tiada aktiviti bersesuaia­n untuk mereka.

Sebaiknya, berbincang dengan mereka terlebih dahulu dan atur destinasi percutian yang lebih relaks dan santai selain menikmati pemandanga­n serta landskap yang indah di tempat baru.

Paling penting dan utama sebelum memulakan perjalanan adalah memastikan ubat-ubatan dibawa dan tidak tertinggal terutama bagi mereka yang mengambil ubatan secara tetap.

Salin nama ubatan dalam telefon bimbit dan bawa preskripsi doktor supaya memudahkan pembelian ubatan di lokasi percutian sekiranya ubat habis atau tertinggal.

Selain itu, jangan terlepas dan ikut jadual untuk makan ubat dengan betul kerana ia akan mempengaru­hi fizikal dan kesihatan warga emas dan seterusnya membuatkan mereka tidak selesa meneruskan perjalanan.

Pastikan hidangan dan makanan yang dipilih juga sesuai bagi mengelakka­n mereka jatuh sakit terutama jika mengalami alergi atau penyakit kronok seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

 ??  ?? PILIH tempat penginapan yang menyediaka­n kemudahan untuk warga emas seperti laluan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan mereka.
PILIH tempat penginapan yang menyediaka­n kemudahan untuk warga emas seperti laluan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan mereka.
 ??  ?? CATAT nama ubat dan bawa preskripsi doktor untuk memudahkan pembelian ubatan di tempat yang dituju.
CATAT nama ubat dan bawa preskripsi doktor untuk memudahkan pembelian ubatan di tempat yang dituju.
 ??  ?? ATUR pengangkut­an bersesuaia­n supaya warga
emas selesa sepanjang perjalanan dan elak tempoh
perjalanan terlalu panjang.
ATUR pengangkut­an bersesuaia­n supaya warga emas selesa sepanjang perjalanan dan elak tempoh perjalanan terlalu panjang.
 ??  ?? PILIH aktiviti dan lokasi pelanconga­n bersesuaia­n dengan warga emas supaya semua ahli keluarga dapat menikmati percutian berkualiti.
PILIH aktiviti dan lokasi pelanconga­n bersesuaia­n dengan warga emas supaya semua ahli keluarga dapat menikmati percutian berkualiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia