Harian Metro

Betis tertusuk kayu melantun di jalan

-

Gua Musang : Seorang murid tahun enam menanggung kesakitan selama sejam selepas betis kirinya tertusuk serpihan kayu tajam yang melantun di atas jalan dekat kawasan kilang papan di daerah ini, 6 petang kelmarin.

Khairulazm­an Mohammad Asri, 12, turut pulang ke rumahnya terletak berhampira­n kawasan itu dalam keadaan tertusuk kayu dan berdarah sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Gua Musang.

Bapanya, Mohammad Asri Mohamad, 50, berkata, dia terkejut apabila anaknya pulang ke rumah sambil menunjukka­n betis ditusuk kayu berkenaan.

“Saya segera mencabutny­a dan darah memancut keluar lebih banyak. Kami ke klinik selepas itu namun terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Krai (HKK), hari ini (semalam) kerana bengkak yang semakin serius.

“Pakar di HKK mengesahka­n kecederaan itu serius kerana lukanya dijangkiti kuman. Selepas dirawat, dia kini stabil,” katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Gua Musang, semalam.

Turut melawat murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sri Wangi 2 itu adalah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Zamzani Harun dan Guru Besarnya Sekeri Ibrahim.

Mengimbas kejadian itu, Mohammad Asri berkata, Khairulazm­an menunggang motosikal bersama rakannya di kawasan berkenaan apabila mereka melanggar kayu di atas jalan dan serpihanny­a melantun dan terkena kakinya.

Dia yang bekerja di kilang itu berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu kerap menunggang motosikal melalui kawasan terbabit.

“Jalan di kawasan ini memang banyak sisa kayu. Motosikal ditunggang anak melanggar satu kayu dan serpihanny­a melantun terkena betisnya,” katanya.

 ??  ?? KHAIRULAZM­AN cedera dibetis akibat tertusuk serpihan kayu tajam, kelmarin.
KHAIRULAZM­AN cedera dibetis akibat tertusuk serpihan kayu tajam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia