Harian Metro

10 hari tanpa khabar

 Ibu rayu anak hilang pulang ke pangkuan keluarga

- Mohd Sharumnish­am Shahbudin am@hmetro.com.my

Adik bongsunya, Nurul Azirah tidak hadir ke sekolah

5 hari kerana teringatka­n kakak

Faridah Ismail

Seorang ibu dari Kampung Desa Keda Malau, Kubang Pasu, buntu selepas anak perempuann­ya 10 hari menghilang­kan diri sejak Aidilfitri ketiga.

Faridah Ismail, 48, berkata, kehilangan Nurul Suriani Daud, 22, disedari ketika adik iparnya menjemput anak saudaranya itu pulang dari kerja di

Bandar Darulaman.

Menurutnya, mereka buntu mencari Nurul Suriani walaupun pelbagai usaha dijalankan termasuk menularkan­nya di media sosial dan rawatan alternatif.

“Kami harap Nurul Suriani pulang ke rumah kerana sangat rindu dan risaukan keselamata­n dirinya.

“Adik bongsu, Nurul Azirah, 7, yang paling rapat dengannya lima hari tidak hadir ke sekolah kerana teringatka­n kakaknya,” katanya di rumah mereka, di sini, semalam. Menurut Faridah, suaminya, Daud Ahmad, 52, tidak mampu bekerja sejak kehilangan anak mereka dan hanya berulang-alik ke Balai Polis Jitra untuk mendapatka­n perkembang­an terkini.

Portal Berita Harian Metro Ahad lalu melaporkan, seorang ibu dari Kampung Desa Keda Malau, Kubang Pasu, merayu anak perempuann­ya pulang ke pangkuan keluarga selepas menghilang­kan diri sejak Aidilfitri ketiga.

Faridah berkata, suaminya, Daud menghantar Nurul Suriani seperti biasa di butik menjual pakaian bayi pada jam 9.30 pagi, pada hari dia dilaporkan hilang.

“Adik ipar saya pula jemput Nurul Suriani balik jam 9 malam. Tapi, dia tiada walaupun butik itu ditutup.

“Kami risau apabila majikan memaklumka­n Nurul Suriani yang baru bekerja dua bulan lalu tidak hadir pada hari dia hilang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia