Harian Metro

Menyamar tok siak

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

Seorang lelaki dipercayai warga asing menyamar sebagai tok siak masjid semata-mata mahu mengaburi kegiatan haramnya mencuri duit tabung di rumah Allah itu.

Kejadian berlaku di Masjid Ismaili Kampung Morak di sini, pada 2.30 petang kelmarin apabila lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikesan memasuki ruangan solat wanita ketika orang.

Dia disyaki mengambil duit tabung di ruangan berkenaan terlebih dahulu, sebelum menjadi tok siak dengan

tiada berpura-pura membersihk­an ruang solat terbabit.

Kelakuan peliknya bagaimanap­un disedari seorang kariah masjid yang menemui satu tabung kosong di dalam tandas.

Menurut Tok Siak Masjid Ismaili, Azman Awang, 43, tabung ditemui itu juga sudah dipecahkan mangganya dan ditinggalk­an begitu sahaja. “Sebaik menyedari kejadian itu, saya dan beberapa ahli jawatan kuasa masjid memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV). “Kami melihat dia berada setengah jam di kawasan masjid dan langsung tidak menyangka dia tergamak mencuri.

“Ketika dia melakukan perbuatan itu terdapat beberapa jemaah lelaki sedang mengaji al-Quran,” katanya ketika ditemui di masjid itu, semalam.

Azman berkata, dia tidak mengetahui jumlah wang di dalam tabung itu yang berjaya dikebas lelaki terbabit.

 Lelaki pura-pura bersih ruang solat sebelum larikan wang tabung masjid

“Sebaik selesai mengambil duit tabung yang berada di ruang solat wanita, lelaki terbabit berpura-pura membersihk­an ruang solat sebelum melarikan diri.

“Susulan itu, kami membuat laporan polis untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Superinten­dan Zaharudin Rasip menge- sahkan menerima berkenaan.

“Polis masih menyiasat kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya.

laporan

 ??  ?? AZMAN menunjukka­n rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki mencuri duit tabung di Masjid Ismaili, Kampung Morak.
AZMAN menunjukka­n rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki mencuri duit tabung di Masjid Ismaili, Kampung Morak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia