Harian Metro

Padah curi bateri kereta

-

Melaka: Seorang lelaki yang berlagak selamba ketika mencuri bateri kereta, dicekup orang awam di tempat letak kenderaan Terminal Melaka Sentral pagi kelmarin, sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi dan gerak geri meragukan suspek berusia 43 tahun itu, diperhatik­an seorang kakitangan kaunter Melaka Sentral.

Sumber berkata, saksi terbabit melihat suspek membuka bonet kereta milik individu lain.

“Saksi memberitah­u ketika masuk kerja sebelah pagi, dia melihat kereta dipandu seorang lelaki Cina dan terkejut apabila melihat suspek, seorang lelaki Melayu membuka bonet hadapan kereta Proton Wira berwarna perak dan mengambil bateri kereta terbabit.

“Saksi kemudian menangkap suspek pada jam 11.05 pagi dan menghubung­i polis Balai Polis Melaka Tengah,” kata sumber.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi, mengesahka­n mengenai kejadian itu dan mengesahka­n tangkapan sudah dibuat.

“Pada 5 Julai jam 12.30 tengah hari, anggota Unit Ronda Bermotosik­al (URB) melakukan rondaan cegah jenayah dan melihat orang awam berkumpul di kawasan Melaka Sentral, iaitu lokasi pengadu membuat aduan dan menangkap seorang lelaki berusia 43 tahun yang cedera di kepala dan badan.

“Suspek kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan sebelum ditahan di lokap polis,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan kesalahan narkotik.

 ??  ?? LELAKI ditahan orang awam kerana mencuri bateri
kereta.
LELAKI ditahan orang awam kerana mencuri bateri kereta.
 ??  ?? AFZANIZAR
AFZANIZAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia