Harian Metro

Lelaki disyaki penagih dadah libas sabit sebelum larikan diri

-

Jitra: Seorang anggota penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah berdepan detik cemas apabila seorang lelaki disyaki penagih dadah tiba-tiba melibas sebilah sabit ke arahnya, namun sempat mengelak sebelum suspek melarikan diri.

Anggota berusia 20-an itu berkata, dalam kejadian jam 1 pagi semalam, ketika itu, dia berada di atas motosikal di kawasan Batu 17, Kampung Padang Limau, Jalan Kodiang, di sini, manakala beberapa rakannya yang lain berada berhampira­n dengannya.

“Namun, lelaki itu tiba-tiba menghampir­i saya pada jarak kira-kira 15 meter dan terus melibas sabit, manakala di sebelah tangannya lagi membawa parang.

“Dia berbuat demikian semata-mata untuk menakutkan saya supaya tidak menangkapn­ya namun saya bersyukur kerana sempat mengelak tetapi dia pula melarikan diri,” katanya ketika ditemui di pejabat AADK Kubang Pasu, di sini, semalam.

Menceritak­an lanjut kejadian itu, anggota terbabit berkata, lelaki berusia sekitar 20-an itu pada mulanya memandu sebuah kereta Proton Wira dan masuk ke kawasan yang dipercayai port dadah berhampira­n rumah penduduk di kawasan itu namun terkejut apabila mendapati anggota AADK mengepung kawasan itu dan menahan beberapa lelaki.

“Ketika itu, suspek melarikan diri dengan memecut kenderaann­ya kerana bimbang ditahan. Tidak lama kemudian dia datang semula ke kawasan itu selepas mengesyaki anggota AADK sudah beredar,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa AADK menyoal suspek yang ditahan dalam operasi di daerah Kubang Pasu.
ANGGOTA penguat kuasa AADK menyoal suspek yang ditahan dalam operasi di daerah Kubang Pasu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia