Harian Metro

‘Dia memang layak bergelar juara’

-

Seberang Jaya: “Pergi kenduri kahwin, tapi saya hanya telan air liur.” Itu pergorbana­n seorang ahli bina badan sehingga akhirnya berjaya dinobatkan sebagai Mr Malaysia 2017 dalam Kejohanan Bina Badan Kebangsaan kali ke-48 di IM4U Sentral Puchong, Selangor pada 19 hingga 21 Mei lalu.

Mohamed Ziaul Thaufiq Ali, 35, berkata, memang tidak dinafikan setiap kali bertandang ke majlis kahwin rakan atau saudaramar­a, dia hanya hadir untuk ‘menunjuk muka’ dan memberi hadiah kepada pengantin, tetapi tidak sesekali menjamah makanan dihidangka­n.

Dia berkata, walaupun tidak dapat menikmati makanan sedap seperti orang lain, ia cukup berbaloi apabila berjaya dinobatkan johan dalam kejohanan diidamkan sejak berkecimpu­ng dalam dunia bina badan sejak 11 tahun lalu.

“Bukan mudah untuk menahan diri daripada menjamah makanan berminyak, bergula dan berlemak dalam kehidupan seharian, tetapi jika hendak berjaya kita perlu patuh semua pantang-larang itu, di samping mempunyai kekuatan mental serta minda positif paling tinggi.

“Itu pantang-larang saya terutama dalam masa enam bulan sebelum bertanding dalam kejohanan ini dan hanya menjamah makanan dimasak menggunaka­n teknik bakar dan kukus saja, selain pengambila­n

diajar jurulatih kerana ia amat penting untuk memantapka­n kesihatan dalaman,” katanya.

Thaufiq berkata, dalam pemakanan seharianny­a dia amat mementingk­an keseimbang­an dari segi protein, karbohidra­t dan serat selain pengambila­n air untuk tubuh badannya sebanyak lima liter sehari.

Dia berkata, untuk sarapan, dia hanya akan makan putih telur dalam kuantiti 20 biji sehari dan menjadikan bahagian dada ayam sebagai menu utama dalam setiap hidangan utamanya selain melebihkan sayuran seperti brokoli, salad dan asparagus.

“Latihan kardio amat penting untuk memanaskan badan dan merendahka­n kandungan lemak di dalam badan, sekali gus teknik latihan turut memainkan peranan penting perlu dipantau seorang jurulatih jika menyertai sesuatu kejohanan.

Seberang Jaya: “Dia memang layak bergelar juara.” Itu kata rakan atau yang selalu berlatih bersama Mohamed Ziaul Thaufiq Ali atau lebih mesra dipanggil Thaufiq, 35, yang dinobatkan Mr Malaysia 2017, Mei lalu.

Mohd Rabbani Abd Rahman, 30, berkata Thaufiq sememangny­a layak bergelar juara kerana gelaran Mr Malaysia itu diidamkann­ya sejak menyertai kejohanan itu pada 2008.

Dia berkata, kejayaan dikecapi Thaufiq itu bukan sesuatu yang mudah apabila ia memerlukan minat, kesungguha­n dan latihan berterusan, sekali gus memerlukan disiplin serta menjaga pemakanan.

“Dia mengamalka­n diet cukup ketat, latihan cukup luar biasa dan paling diutamakan bagi dirinya adalah isu pemakanan.

“Setiap kali saya dan rakan gimnasium lain datang untuk berlatih, soalan pertama akan diajukan kepada kami adalah apakah dan berapa kali makanan yang sudah kami makan,” katanya.

Rabbani berkata, Thaufiq bukan saja menitikber­atkan pemakanan seimbang dan berkhasiat, malah latihan setiap hari selama dua jam selepas solat Isyak tidak pernah sesekali diabaikann­ya walaupun mengalami demam.

 ?? Ziaul ?? Bukan mudah menahan diri daripada menjamah makanan berminyak
Ziaul Bukan mudah menahan diri daripada menjamah makanan berminyak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia