Harian Metro

Nyawa untuk isteri

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

 Warga emas maut ditikam halang peragut rantai pasangan

Demi mempertaha­nkan rantai emas dipakai isterinya daripada diragut dua lelaki, seorang warga emas maut ditikam di perut menggunaka­n senjata tajam dalam kejadian di hadapan sebuah restoran makanan segera di Taman Wawasan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa Yeap Ah Kang @ Yeap Bak Seng, 73, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat pendarahan selepas ditikam salah seorang daripada lelaki yang cuba meragut rantai emas isterinya.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama isteri Teow Siew Gaik, 67, sedang berjoging di lokasi berkenaan sebelum datang dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal terus bertindak meragut rantai leher dipakai isterinya.

Seorang daripada ahli keluarga mangsa yang enggan namanya dikenali berkata, Yeap yang menyedari kejadian itu dipercayai bergelut dengan kedua-dua lelaki berkenaan ketika cuba mempertaha­nkan rantai isterinya daripada diragut sebelum ditikam menggunaka­n senjata tajam dipercayai pisau dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Isteri Yeap turut cedera di lengan kiri apabila terkena senjata tajam sebelum kedua-dua lelaki itu melarikan diri tanpa sempat melarikan rantai emas berkenaan.

“Yeap adalah pemilik kedai menjual peralatan logam di Simpang Tiga dan dijangka ke China bersama keluargany­a Ahad ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahka­n kejadian dan memberitah­u kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik

Hospital Parit

Buntar untuk bedah siasat dan meminta saksi yang melihat kejadian itu tampil membantu siasatan.

 ??  ?? ANGGOTA forensik menjalanka­n siasatan
di lokasi kejadian.
ANGGOTA forensik menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.
 ??  ?? YEAP
YEAP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia