Harian Metro

DEGIL BUKA PINTU ASRAMA

- Azma Razana Johari am@hmetro.com.my

 24 pekerja warga asing ditahan dalam operasi pemeriksaa­n E-Kad

Seberang Jaya

Penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Pulau Pinang terpaksa memecahkan pintu bilik asrama pekerja warga asing di Butterwort­h selepas mereka enggan membuka pintu bilik itu, malam kelmarin.

Dalam operasi pemeriksaa­n E-Kad yang bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam itu, seramai 24 pekerja warga asing ditahan di tiga lokasi berbeza iaitu di Bayan Lepas, Bandar Perda dan Butterwort­h.

Pengarah imigresen negeri Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, operasi bermula di sebuah kilang membuat barangan plastik di Bayan Lepas.

“JIM berjaya menahan tujuh lelaki dan tiga wanita pekerja asing warganegar­a Bangladesh, Myanmar dan Indonesia dalam serbuan di kilang plastik berkenaan.

“Di lokasi kedua pula di Bandar Perda, seramai tujuh lelaki iaitu enam warga Bangladesh dan seorang Myanmar ditahan,” katanya.

Menurutnya, lelaki warga Myanmar berusia 30 tahun itu turut mempunyai rekod sebagai orang yang dikehendak­i oleh polis Bukit Aman.

Katanya, dalam pemeriksaa­n ketiga di sebuah hotel lama yang diubah suai menjadi asrama pekerja, pihaknya menahan empat lelaki warga Bangladesh.

“Jumlah keseluruha­n, kita menahan 18 lelaki warganegar­a Bangladesh, tiga lelaki Myanmar dan tiga wanita Indonesia kerana kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen

15(1)(c), Akta Imigresen 1959/63.

“Semua pekerja warga asing itu dibawa balik ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya sebelum dihantar ke Depot Tahanan Pendatang

Asing Juru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia