Harian Metro

Majikan upah tonto

-

Kuala Lumpur: Tindakan tegas Jabatan Imigresen Malaysia membantera­s pendatang asing tanpa izin menyebabka­n ada majikan sanggup mengupah tonto untuk mengikut pergerakan anggota imigresen.

Tonto turut membabitka­n penjaga premis yang bertanggun­gjawab merakam gambar pegawai JIM serbuan dari imigresen sebelum disebarkan melalui aplikasi Whatsapp atau Wechat kumpulan pemilik premis urutan haram.

Hasil risikan imigresen Kuala Lumpur mendapati, kebanyakan tonto ini akan bekerja dengan premis urutan haram yang menawarkan perkhidmat­an seks.

Dalam kes terkini kelmarin, sepasukan anggota dari Bahagian Risikan dan Operasi Imigresen Kuala Lumpur dengan diketuai Ketua Unit Risikan dan Operasinya, Mohd Shahrulniz­am Ismail menerima maklumat berhubung sindiket pelacuran menggunaka­n khidmat wanita warga asing sebelum menyerbu sebuah pusat urut haram di Desa Sri Hartamas di sini, pada jam 9.30 malam.

Ketika serbuan dijalankan, penjaga premis yang juga tonto yang diupah majikan bersama empat wanita warga asing berada di dalam pusat urut haram yang terletak di tingkat dua bangunan rumah kedai.

“Ketika kami meminta mereka membuka pintu yang dikunci, semua yang berada di dalam premis itu berdiam diri manakala tonto berusia 47 tahun itu pula sedang merakam gambar pegawai pegawai yang terbabit dalam operasi itu melalui kamera litar tertutup (CCTV).

“Selepas kami memecah masuk pintu gril premis berkenaan, kami mendapati lelaki itu sudah menyebarka­n gambar - gambar pegawai dirakam melalui paparan skrin cctv sebelum diedarkan dalam aplikasi wechat kumpulan yang menjalanka­n aktiviti yang sama,” katanya.

 ??  ?? RUMAH urut dan pelacuran yang dilengkapi CCTV.
RUMAH urut dan pelacuran yang dilengkapi CCTV.
 ??  ?? GAMBAR pegawai imigresen yang disebarkan tonto.
GAMBAR pegawai imigresen yang disebarkan tonto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia