Harian Metro

Jumpa waris tragedi MH17 pada 13 Julai

-

Sepang: Kementeria­n Pengangkut­an bertemu ahli keluarga dan waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbanga­n MH17 pada 13 Julai ini bagi memaklumka­n perkembang­an terkini siasatan kes itu yang kini memasuki tahun ketiga.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, taklimat diadakan di Hotel Marriot Putrajaya, di sini sempena ulang tahun ketiga tragedi berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan mengulangi pendirian keadilan perlu ditegakkan dan suspek terbabit dalam tragedi berkenaan perlu dibawa ke mahkamah.

“Kami kini bertungkus­lumus untuk membawa suspek ke mahkamah,” kaempat tanya pada sidang media selepas menyempurn­akan majlis pembukaan pusat pengedaran global barangan Renesas Electronic­s di Kompleks Kargo KLIA, di sini, semalam.

Katanya, siasatan jenayah kini mengenal pasti 100 suspek yang disyaki terbabit di sebalik tragedi malang berkenaan.

Liow berkata, pihaknya berharap siasatan kes dapat diselesaik­an awal tahun depan sebelum proses pendakwaaa­n dilakukan di mahkamah antarabang­sa di Belanda.

Sebelum ini, Liow berkata, Malaysia bersama negara lain bersetuju pendakwaan terhadap mereka bertanggun­gjawab bagi penembakan pesawat MH17 di Ukraine pada 2014 akan dilakukan di Belanda.

Menurutnya, Malaysia bersama rakan dalam Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) iaitu Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia bersetuju pendakwaan dibuat di Belanda sebagai proses yang efektif bagi memastikan kebertangg­ungjawaban untuk mematuhi standard tertinggi antarabang­sa.

“Perbicaraa­n itu akan berlangsun­g dalam rangka prosiding keadilan jenayah Belanda berdasarka­n undang-undang jenayah substantif dan prosedur,” katanya.

 ??  ?? LIOW (dua dari kiri) menandatan­gani plak perasmian pembukaan pusat pengedaran global barangan Renesas Electronic­s, semalam.
LIOW (dua dari kiri) menandatan­gani plak perasmian pembukaan pusat pengedaran global barangan Renesas Electronic­s, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia