Harian Metro

Tokan ditahan selepas dikejar 5km

-

Kulim: Tindakan pantas tiga anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) Balai Polis Kulim Hi-Tech yang mengejar kereta dipandu dalam keadaan mencurigak­an berjaya menahan lelaki disyaki pengedar dadah Jalan Hi Tech 1, Kulim Hi-Tech, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, suspek berusia 22 tahun ditahan, manakala rakannya berusia 20-an melarikan diri ke dalam semak selepas dikejar lima kilometer sebelum pemeriksaa­n menemui 260 gram daun ganja.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superinten­dan Ahmad Nasir Jaafar berkata, tiga anggota URB itu yang menjalanka­n rondaan pencegahan jenayah mendapati kedua-dua suspek menaiki kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigak­an.

“Apabila diarah berhenti, suspek melarikan diri dan anggota URB terpaksa mengejar sejauh lima kilometer sebelum kereta suspek melanggar kereta Perodua Myvi dipandu wanita berusia 20-an menyebabka­n mereka terkandas di kawasan simpang empat lampu isyarat Jalan Hi Tech 1.

“Suspek melarikan diri dengan terjun ke dalam kolam berhampira­n, namun berjaya ditahan manakala rakannya melarikan diri ke dalam kawasan semak,” katanya.

Ahmad Nasir berkata, pemeriksaa­n dalam kereta suspek menemui satu bungkusan plastik lut sinar yang dipercayai ganja seberat 260 gram.

“Kita percaya aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lunas hampir lumpuh dengan penahanan suspek.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala polis masih memburu rakan suspek,” katanya.

 ??  ?? SEORANG lelaki yang ditahan selepas cuba melarikan diri ketika pemeriksaa­n anggota polis di Kawasan Kulim Hi-Tech, kelmarin.
SEORANG lelaki yang ditahan selepas cuba melarikan diri ketika pemeriksaa­n anggota polis di Kawasan Kulim Hi-Tech, kelmarin.
 ??  ?? BUNGKUSAN plastik lut sinar yang ditemui di dalam kereta suspek.
BUNGKUSAN plastik lut sinar yang ditemui di dalam kereta suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia