Harian Metro

Tebusan RM200,000

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

 Wanita Syria berlindung di Malaysia cerita detik dua zuriat diculik

Diculik selama enam bulan, mata ditutup dan dipindah dari satu rumah ke rumah lain. Itu pengalaman ngeri dilalui dua beradik pelarian Syria di negara mereka selepas diculik empat lelaki yang meminta wang tebu- san 10 juta Pound Syria (RM200,000) untuk membebaska­n mereka.

Dua remaja itu, Rokaia yang ketika itu berusia lapan tahun dan adiknya Ibrahim, 7, diculik di depan sekolah mereka di Damsyik, Syria oleh empat lelaki selama enam bulan selepas ibu bapa mereka gagal membayar wang tebusan.

Ibunya, Kawthar Ibrahim, 30, berkata, dia dan suami, Mhd Alaa, 40-an, yang menjalanka­n perniagaan berasaskan ayam berusaha keras membayar wang tebusan itu dengan menjual tanah, emas dan harta lain bagi menyelamat­kan anak mereka.

“Kami sanggup menggadaik­an semua harta, malah tanah dijual dengan harga murah kerana kami sangat terdesak untuk membayar wang ketika itu.

“Alhamdulil­lah, anak kami berjaya diselamatk­an selepas enam bulan dan mereka tidak pergi ke sekolah hampir lima tahun kerana begitu trauma,” katanya yang dibantu penterjema­h daripada

(MLLFS), Hasrol Sazli Abd Khair di rumahnya.

Kawthar berkata, begitu banyak kematian berlaku di depan mata mereka selepas negara itu bergolak dan berperang menyebabka­n mereka satu keluarga mengambil keputusan melarikan diri ke Jordan dan Mesir seterusnya ke Sudan.

“Kami singgah di Sudan selama dua bulan. Dalam tempoh itu suami memberitah­u mahu pulang ke Syria untuk menjual harta bagi menampung kehidupan tinggal di Malaysia.

“Bagaimanap­un, sehingga sekarang suami hilang tanpa khabar berita danberkemu­ngkinan ditangkap serta dipenjara di sana. Saya bersama enam anak serta seorang bapa saudara datang ke Malaysia pada 15 Oktober tahun lalu atas sumbangan seorang lelaki kaya di Sudan yang menaja tiket penerbanga­n kami,” katanya.

Menurutnya, sudah sembilan bulan dia tidak mendengar sebarang khabar mengenai suaminya sama ada hidup atau sudah meninggal dunia.

Katanya, enam anaknya iaitu Rokaia, 15, Ibrahim, 13, Asma, 9, Sham, 8, Toka, 6, Tasnim, 2, dan bapa saudara berusia 66 tahun kini cukup memahami kesusahan hidup dilalui di negara orang.

Menurutnya, lebaran kali ini disambut secara ala kadar berikutan ketiadaan suami tercinta di sisi mereka sekeluarga.

Bagi meringanka­n beban keluarga itu, Harian Metro turut menyumbang­kan kotak rezeki menerusi program #HMKotakRez­eki2017 iaitu barangan keperluan harian sumbangan pelbagai pihak.

 ??  ?? ANAK pelarian Syria menjadi pelarian yang menetap di Apartmen Permai Puteri, Ampang menerima bantuan.
ANAK pelarian Syria menjadi pelarian yang menetap di Apartmen Permai Puteri, Ampang menerima bantuan.
 ?? Kawthar Ibrahim ?? Kami sanggup menggadaik­an semua harta, malah tanah dijual dengan harga murah kerana kami sangat terdesak untuk membayar wang ketika itu”
Kawthar Ibrahim Kami sanggup menggadaik­an semua harta, malah tanah dijual dengan harga murah kerana kami sangat terdesak untuk membayar wang ketika itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia