Harian Metro

Tak peduli jatuh tergolek

- Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

Seorang anggota polis tidak menghirauk­an rasa sakit dan terus mengejar dua pengedar dadah selepas terjatuh akibat dirempuh suspek yang menaiki motosikal dalam kejadian di persimpang­an lampu isyarat Bandar Baru Kuala Rompin, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.06 tengah malam, anggota berusia 35 tahun dan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin hanya luka di belakang badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Azli Mohd Noor berkata, dua suspek berusia 30 dan 38 tahun diberkas anggota polis lain yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Katanya, suspek menaiki motosikal jenis Honda Wave menyedari kehadiran polis dan cuba melarikan diri dengan bertindak nekad merempuh mangsa yang cuba menghalang mereka.

“Walaupun terjatuh dan cedera, anggota itu tetap bangun mengejar suspek. Bagaimanap­un suspek berjaya ditahan selepas anggota lain mengepung mereka dan berlaku pergelutan.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap kedua-dua suspek kita menemui bungkusan plastik mengandung­i serbuk putih disyaki dadah heroin seberat 31.60 gram bernilai RM1,000,” katanya.

Katanya, suspek mempunyai dua rekod lampau membabitka­n kes dadah mengikut Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) dan kedua-duanya positif dadah.

Menurutnya, suspek dipercayai mendapat bekalan melalui seorang lelaki di Endau, Johor Bahru

“Polis merampas sebuah motosikal dan dua telefon bimbit sebelum suspek bersama barang kes dibawa ke IPD Rompin,” katanya.

Azli berkata, kedua-dua suspek direman dua minggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya

 Anggota polis cedera dirempuh terus kejar pengedar dadah

serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalanka­n tugas.

Katanya, mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk mendapatka­n rawatan.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki tidak sempat menghantar pesanan pelanggan apabila dia diberkas bersama 33.69 gram dadah di rumahnya di FELDA Keratong 10, Muadzam Shah, di sini, kelmarin.

Dalam tangkapan jam 4 petang, suspek yang dipercayai pengedar kecil-kecilan ditahan sepasukan anggota polis hasil maklumat awam.

Azli berkata ketika serbuan dilakukan suspek berusia 34 tahun gagal melarikan diri dan akhirnya menyerah diri.

“Polis tidak menemui apa-apa objek mencurigak­an pada badan suspek namun pemeriksaa­n lanjut keretanya menemui tiga paket plastik lut sinar, satu tiub straw masing masing berisi ketulan dan serbuk putih keperangan disyaki heroin serta empat peket plastik berisi syabu yang disimpan di dalam beg galasnya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, nilai dadah dirampas dianggarka­n RM1,500 dan polis turut merampas motosikal Yamaha 125z yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

 ??  ?? ANGGOTA polis yang
luka di belakang badan dan barangan yang dirampas (gambar kecil).
ANGGOTA polis yang luka di belakang badan dan barangan yang dirampas (gambar kecil).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia