Harian Metro

Remaja mahu ambil kerusi roda datuk terkorban

-

Dungun: Seorang remaja yang dalam perjalanan mengambil kerusi roda datuknya bersama abang ipar dan sepupu maut apabila tercampak daripada kereta dinaikinya selepas kenderaan itu terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Kilometer 66.7, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Batu Pelanduk, di sini, semalam.

Muhammad Hafiza Che Chashim, 18, meninggal dunia di lokasi selepas kereta Honda Accord berkenaan terhumban ke dalam parit pada jam 5.15 pagi.

Abang iparnya Mohd Firdaus Abdullah, 23, yang duduk di sebelah pemandu parah manakala pemandu Ahmad Amirul Hakim Ahmad Rahadian, 21, cedera ringan.

Ibu Muhammad Hafiza, Rakiah Yusof, 46, berkata, dia meminta anak saudaranya iaitu Ahmad Amirul pergi mengambil kerusi roda yang tertinggal di kediaman bapanya di Kampung Gong Pasir.

“Ayah ada datang dan tidur di rumah saya pada malam sebelum kejadian, tetapi dia tertinggal kerusi. Oleh kerana dia yang uzur dan sukar bergerak menyebabka­n saya minta Ahmad Amirul mengambiln­ya sebelum Hafiza meminta izin mengikutin­ya.

“Saya membenarka­n dia pergi dan kira-kira 10 minit selepas mereka bertolak, saya terima panggilan telefon beritahu kenderaan mereka naiki merempuh tiang elektrik,” katanya.

Menurutnya, pada awalnya dia tidak begitu khuatir kerana hanya menyangkak­an ia kemalangan kecil lalu pergi ke tempat kejadian yang tidak jauh dari rumahnya di Kampung Rantau Abang.

Katanya, dia terkejut apabila mendapati anaknya terbujur kaku di tempat kejadian manakala menantu dan anak saudaranya turut cedera.

“Saya tidak menyangka anak meninggal dalam kejadian itu kerana hanya dimaklumka­n kereta yang mereka naiki terlanggar tiang elektrik saja,” katanya.

Difahamkan, kereta berkenaan hilang kawalan ketika melalui kawasan selekoh sebelum terbabas dan merempuh dua tiang elektrik serta terhumban ke dalam parit.

Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahka­n kejadian menyebabka­n seorang maut.

Menurutnya, Mohd Firdaus dan Ahmad Amirul yang cedera dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut manakala mayat Hafiza dibawa ke Unit Forensik di hospital sama.

 ??  ?? KEADAAN kereta yang terhumban dalam parit.
KEADAAN kereta yang terhumban dalam parit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia