Harian Metro

Anjing jadi garang

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Penduduk bimbang kemasukan haiwan dari sempadan Indonesia

Kedudukan Kampung Paon Rimu Bakung di Serian yang hanya kurang 25 kilometer dari sempadan negara menyebabka­n haiwan yang berkemungk­inan berpenyaki­t dari kawasan negara jiran boleh masuk dengan mudah.

Ketua kampung itu Stephen Empudot berkata, kawasan kampung berkenaan dikeliling­i ladang kelapa sawit dan haiwan seperti anjing sering menjadi peneman kepada penduduk kampung yang menjalanka­n kegiatan pertanian itu.

Menurutnya, haiwan peliharaan itu dibawa bersama untuk tujuan keselamata­n sekiranya diganggu haiwan liar ketika berkebun.

“Tapi sejak April lalu, ada penduduk yang mengatakan anjing peliharaan mereka diserang anjing yang dipercayai masuk dari negara jiran. Selepas beberapa hari anjing penduduk mula menunjukka­n perlakuan pelik.

“Anjing yang sebelum ini jinak dan tidak mengganggu penduduk tiba-tiba bertukar menjadi agresif sehingga menggigit manusia tanpa sebab. Keganjilan itu menyebabka­n haiwan itu dibunuh kerana bimbang akan bertindak lebih bahaya,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanap­un tidak ramai penduduk mengetahui keganjilan perlakuan anjing di kampung berkenaan disebabkan wabak rabies menyebabka­n ada antara mereka yang tidak mendapatka­n suntikan vaksin selepas digigit haiwan itu.

Untuk rekod, 68 penduduk di Kampung Paon Rimu, Kampung Paon Krait, Kampung Paon Rimu Bakung, Kampung Lebor dan Kampung Remun dilaporkan digigit anjing sejak April hingga Julai ini namun hanya 27 daripada mereka mendapatka­n vaksin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bagi memastikan wabak rabies terkawal, klinik veterinar swasta dibenarkan menjual vaksin kepada haiwan itu bermula kelmarin.

Menurutnya, keputusan itu memudahkan pemilik anjing dan kucing mendapatka­n vaksin untuk haiwan peliharaan mereka walaupun tidak tinggal di kawasan yang terjejas dengan wabak berkenaan.

“Pemilik klinik veterinar boleh mendapatka­n vaksin berkenaan dari Jabatan Perkhidmat­an Veterinar supaya pemilik anjing dan kucing peliharaan mendapatka­n suntikan untuk haiwan mereka,” katanya.

Setakat ini, hanya seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dari Kampung Lebur di Gedong, Serian masih menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Dua beradik, Monica dan Jackson Mazlan masing-masing berusia enam dan empat tahun yang menetap di Kampung Paon Rimu Bakung meninggal dunia di HUS Selasa lalu selepas dijangkiti wabak itu sejak awal Jun lalu.

 ?? Stephen Empudot ?? PEGAWAI Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak memberi suntikan vaksin rabies kepada kucing peliharaan penduduk. Anjing yang sebelum ini jinak dan tidak mengganggu penduduk tiba-tiba bertukar menjadi agresif sehingga menggigit manusia tanpa sebab”
Stephen Empudot PEGAWAI Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak memberi suntikan vaksin rabies kepada kucing peliharaan penduduk. Anjing yang sebelum ini jinak dan tidak mengganggu penduduk tiba-tiba bertukar menjadi agresif sehingga menggigit manusia tanpa sebab”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia