Harian Metro

Selesai dalam masa setahun

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

Kementeria­n Kesihatan (KKM) akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk berbincang secara terperinci mengenai pindaan Akta Perubatan 1971.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, pindaan itu dibuat untuk memasukkan syarat lulus Bahasa Melayu (BM) bagi pengambila­n jawatan pegawai perubatan Gred UD41.

“Sebagai permulaan, kita akan membuat perbincang­an dengan pentadbira­n Kementeria­n Kesihatan dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara.

“Selepas itu, kita akan bawa perkara ini untuk dibentangk­an di Dewan Rakyat akan datang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan

 KKM bakal mengadakan pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat

Blok Obstetrik dan Neonalatol­ogi (O&N) Hospital Putrajaya (HPj), semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Hilmi Yahaya, Ketua Setiausaha Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, Ketua Pengarah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Hospital Putrajaya Datuk Dr Nora’i Mohd Said.

Dalam pada itu, Dr Subramania­m berkata, pihaknya menjangkak­an isu doktor siswazah yang tidak memiliki kelayakan lulus subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat diselesaik­an dalam masa setahun.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengumumka­n keputusan Mesyuarat Kabinet bersetuju menarik balik kelonggara­n syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41.

Sementara itu, Dr Subramania­m berkata, blok (O&N) baru itu dapat menampung 36 katil untuk pesakit obstetrik dan neonatalog­i dan 25 katil untuk Kejururawa­tan Penjagaan Khas (SCN), sekali gus memberi lebih keselesaan kepada pesakit.

“Blok ini diubah suai dari sebuah asrama jururawat kepada blok O&N yang dapat menampung permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmat­an berkenaan,” katanya. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Jemaah Menteri menarik balik kelonggara­n terhadap syarat lulus mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) untuk pegawai perubatan lantikan kontrak dan meminta kerajaan konsisten dalam usaha mendaulatk­an bahasa kebangsaan.

Setiausaha Agungnya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tanggungja­wab kerajaan untuk memelihara dan memartabat Bahasa Melayu adalah tuntutan Perlembaga­an Persekutua­n seperti termaktub dalam Perkara 152.

Katanya, ABIM juga menuntut supaya usaha mendaulat Bahasa Melayu oleh pihak kerajaan tidak hanya terhad dalam sektor perkhidmat­an dan perjawatan semata-mata.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Faisal
MUHAMMAD Faisal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia