Harian Metro

Kolej kediaman konsep wakaf

-

Pekan: Penuntut anak yatim dan asnaf di Universiti Malaysia Pahang (UMP) bakal menikmati kemudahan kolej kediaman secara percuma dengan pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah yang dijangka siap tahun depan.

Majlis pelancaran pembinaan kolej kediaman berkenaan disempurna­kan oleh Pemangku Raja Pahang,Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Majlis Sambutan Aidilfitri UMP di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP Datuk Seri Mohd Hilmey Mohd Taib, Naib Canselor UMP Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dan Ahli Lembaga Pengarah UMP Datuk Ahmad Azmey Abu Talib.

Tengku Abdullah bertitah, umat Islam digalakkan untuk berwakaf kerana ia adalah salah satu pelaburan kita pada masa akan datang.

“Saya bangga dengan inisiatif UMP ini untuk mewujudkan kolej yang berkonsepk­an wakaf ini.

“Saya juga menyeru kepada semua umat Islam di negeri supaya dapat berwakaf dan menjayakan pembinaan kolej ini.

“Saya juga berharap kolej ini dapat disiapkan secepat mungkin dan saya akan pantau perkembang­annya dari semasa ke semasa,” titah baginda.

Dalam pada itu baginda yang juga Canselor UMP turut mengumumka­n perlantika­n Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Iskandar sebagai Pro Canselor bagi menggantik­an Tan Sri Mohd Kamil Jamil.

Baginda bertitah, dengan perlantika­n ini diharap dapat meningkatk­an lagi prestasi UMP sebagai universiti teknikal yang terkemuka di negara ini.

Sementara itu, Daing Nasir berkata, kolej seluas 3,115 meter persegi dan bernilai RM5 juta itu akan siap dibina di Kampus Pekan, di sini, tahun depan.

Tambah beliau, bangunan kediaman hasil sumbangan wakaf pelbagai pihak itu bakal menempatka­n 220 mahasiswa daripada kalangan asnaf termasuk pelajar miskin dan anak yatim tanpa dikenakan yuran penginapan.

“Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang ((MUIP) sudah memberi kelulusan rasmi kepada UMP untuk memulakan kutipan wakaf dengan dana permulaan RM400,000,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Abdullah diiringi Dr Daing Nasir (kanan) beramah mesra dengan tetamu pada majlis Pelancaran Pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 UMP, semalam.
TENGKU Abdullah diiringi Dr Daing Nasir (kanan) beramah mesra dengan tetamu pada majlis Pelancaran Pembinaan Kolej Kediaman Mawaddah dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 UMP, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia