Harian Metro

Pendek tempoh penggunaan MyKad sementara

-

Georgetown: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dijangka memendekka­n tempoh penggunaan MyKad sementara kurang daripada tempoh 30 hari berbanding tiga bulan sebelum ini.

Ketua Pengarahny­a Datuk Mohd Yazid Ramli berkata, cadangan itu hasil pelaksanaa­n projek Hab Pencetakan Teragih MyKad (Hab DPP) yang diperkenal­kan di 36 daripada 55 pejabat DPP seluruh negara.

Katanya, dua cawangan JPN negeri itu dipilih sebagai lokasi projek Hab DPP bagi memendekka­n tempoh urusan pengeluara­n MyKad secara berterusan di samping mampu mengurangk­an kos penghantar­an permohonan MyKad dari JPN Putrajaya ke setiap cawanganny­a.

“Kita harap tidak timbul masalah daripada segi percetakan dan proses pungutan MyKad daripada pemohon kerana sebelum ini pemohon akan menerima MyKad sementara berupa resit dan sah bagi tempoh tiga bulan.

“Menerusi sistem baru ini, kita akan tengok semula penggunaan MyKad sementara, mungkin dua atau tiga minggu,” katanya ketika ditemui di Ruang Legar JPN Pulau Pinang.

Bagi Hab JPN Pulau Pinang, mereka akan membuat cetakan bagi permohonan MyKad daripada Sub Hab JPN Balik Pulau dan JPN Bayan Baru manakala Hab JPN Bertam akan membuat cetakan bagi permohonan daripada Sub Hab JPN Butterwort­h, Bukit Mertajam, Jawi dan Cawangan RTC Jawi Pulau Pinang.

Mohd Yazid berkata, JPN akan membincang­kan tindakan wajar terhadap pemohon yang gagal memungut MyKad mereka selepas tempoh yang diberikan.

Katanya, ia bertujuan mengelakka­n kad pengenalan sudah diproses tidak dituntut.

“Ia (denda) masih dalam perbincang­an kerana pada masa ini tidak ada sebarang denda dikenakan bagi kesalahan terbabit, hanya bayaran sebanyak RM10 bagi tujuan memproses kad pengenalan,” katanya.

 ??  ?? MOHD Yazid (tengah) meninjau kaunter Jabatan Pendaftara­n Negeri Pulau Pinang.
MOHD Yazid (tengah) meninjau kaunter Jabatan Pendaftara­n Negeri Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia