Harian Metro

Pemimpin umat terhebat

- Muhammad bukan sekadar pemimpin agama, tetapi juga pemimpin dunia. Fakta menunjukka­n selaku pemimpin terhadap gerakan penaklukan yang dilakukan bangsa Arab (Muslimin), pengaruh kepemimpin­an politiknya berada pada posisi yang terunggul sepanjang zaman” Mi

 Nabi Muhammad SAW diakui tokoh tersohor sepanjang zaman

Untaian kata dalam sebuah buku kepimpinan menyebut: “Anda boleh mencintai orang lain tanpa memimpin mereka tetapi anda tidak boleh memimpin orang lain tanpa mencintai mereka.”

Winston Churchill, Jeneral McArthur, Ronald Reagan dan Che Guevara antara nama pemimpin besar dunia. Malangnya aura kepemimpin­an mereka tamat sekadar umur mereka saja.

Sebagai perbanding­an, pemimpin besar yang diutuskan Allah SWT seperti Nabi Daud AS, Musa AS, Ibrahim AS, Isa AS dan Muhammad SAW mempunyai pengaruh sehingga ke hari ini.

Nabi yang diutuskan Allah SWT sehingga boleh dimasukkan ke dalam kategori pemimpin abadi. Kepemimpin­an penting untuk menjamin kejayaan sebuah organisasi termasuk dalam konteks keluarga.

Penulis buku Seratus Tokoh Paling Berpengaru­h dalam Sejarah, Michael

Hart membuat satu analisis mengenai urutan manusia yang paling berpengaru­h di dunia.

Beliau mencari serta mengklasif­ikasikan 100 individu yang sangat berpengaru­h dalam mencorakka­n dunia seperti keadaan pada hari ini.

Beliau berkata: “Daripada 100 orang itu saya susun urutannya menurut peranannya terhadap manusia. Kelompok 100 orang istimewa ini saya susun dalam buku saya.”

Hasil kajian dan analisisny­a, beliau meletakkan Muhammad bin Abdullah sebagai manusia paling berpengaru­h dalam sejarah dunia.

Penilaian itu kerana Rasulullah SAW adalah satu-satunya manusia yang berjaya meraih kejayaan luar biasa sama ada dari sudut agama mahupun duniawi.

Hart juga mengatakan: “Muhammad bukan sekadar pemimpin agama, tetapi juga pemimpin dunia. Fakta menunjukka­n selaku pemimpin terhadap gerakan penaklukan yang dilakukan bangsa Arab (Muslimin), pengaruh kepemimpin­an politiknya berada pada posisi yang terunggul sepanjang zaman.”

Nabi Muhammad dilahirkan pada tahun 570 Masihi di Kota Makkah. Pada waktu itu, tempat berkenaan adalah yang paling mundur di dunia.

Ia adalah kota yang jauh dari pusat perniagaan, seni dan keilmuan.

Nabi Muhammad SAW memimpin pasukan Muslimin untuk melakukan segenap penaklukan yang memberi kesan terhadap peradaban manusia.

Pada zaman Islam muncul, kuasa besar sudah bertapak kukuh. Di sebelah timur laut Arab berdiri kekuasaan Persia Sasanid, di Barat Laut berdiri Byzantine.

Dilihat daripada bilangan kaum muslimin dan peralatan peperangan, hampir mustahil untuk mengalahka­n kuasa besar berkenaan.

Berkat kepemimpin­an Nabi Muhammad SAW, kaum muslimin dapat menakluk Mesopotami­a, Syria, Palestin.

Sahabat utama selepas kewafatan Baginda dan khalifah mengembang­kan Islam ke seluruh alam yang tidak terkira berapa luasnya.

Dalam buku Sejarah Hidup

Muhammad tercatat: Yang membuat dakwahnya berkembang adalah teladan Nabi yang memukau. Hak setiap orang ditunaikan­nya.

Pandangann­ya terhadap orang yang lemah, terhadap anak yatim, orang yang sengsara dan miskin adalah pandangan seorang bapa yang penuh kasih sayang, lemah lembut dan mesra.

Apabila ada seseorang bercakap dengannnya, Rasulullah SAW akan mendengar dengan penuh perhatian tanpa menoleh ke arah lain.

Untuk menunjukka­n Baginda memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya, Baginda akan memutarkan seluruh tubuhnya menghadap orang itu.

Baginda bercakap sedikit saja dan lebih banyak mendengar. Apabila Bercakap, Rasulullah bersungguh-sungguh namun akan menyertaka­n gurau senda.

Kadangkala Baginda tertawa sehingga terlihat gerahamnya. Semua perlakuan itu terhasil kerana tabiat Baginda yang berlapang dada dan menghargai orang lain.

Satu ayat al-Quran dalam Surah Ali Imran menggambar­kan betapa cinta sahabat terhadap Baginda SAW yang bermaksud: “Dan tidaklah Muhammad kecuali seorang Rasul yang didahului sebelumnya oleh rasul-rasul. Apakah jika dia mati atau terbunuh kamu balik atas tumittumit kalian (kufur)?”

Rasulullah adalah teladan agung yang tiada tandingan. Dalam keadaan ramai umat Islam yang kini berkiblatk­an Barat untuk mencari figura contoh, kita terlupa kehebatan yang dicari sebenarnya terhimpun pada Rasulullah SAW.

Penulis Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ?? MAKAM Nabi Muhammad terletak di dalam bangunan berkubah hijau di Masjid Nabawi, Madinah.
MAKAM Nabi Muhammad terletak di dalam bangunan berkubah hijau di Masjid Nabawi, Madinah.
 ??  ?? Bersama Hilmi Isa
Bersama Hilmi Isa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia