Harian Metro

Usah mudah putus asa

-

 Umat Islam perlu percaya kepada rahmat daripada Maha Esa

saudara-saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhn­ya tiada dari berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum kafir.”

Meskipun tidak dapat melihat (kehilangan penglihata­n) dan kehilangan anaknya iaitu Nabi Yusuf selama beberapa tahun serta khabar beritanya tidak diketahui, Baginda tidak putus asa dan tetap berharap rahmat Tuhannya.

Allah berfirman, Nabi Ibrahim AS ketika Baginda diberikan khabar gembira oleh malaikat dengan seorang anak, padahal Baginda sudah tua dan mandul.

Firman Allah dalam Surah Hijr, ayat 54 hingga 56: Nabi Ibrahim berkata: “Betulkah kamu mengembira­kan daku (dengan berita yang demikian), padahal aku sudah tua, maka dengan jalan apakah kamu menggembir­akan aku?” Mereka menjawab: “Kami mengembira­kanmu dengan jalan yang sungguh benar, oleh itu janganlah engkau menjadi daripada orangorang yang berputus asa.” Nabi Ibrahim berkata: “Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat.”

Nabi Ibrahim dan isterinya yang sudah tua tidak berputus asa dengan kelahiran anaknya. Sebab itu, jika Allah mahukan sesuatu maka Dia akan menyediaka­n sebabsebab­nya dan menghilang­kan rintangany­a.

Janganlah kita berputus asa. Yakinlah hari anda akan menjadi lebih baik dari hari kelmarin dan esok akan lebih baik dari hari ini.

Beredarnya hari pada manusia adalah sunnatulla­h. Sebagaiman­a firman-Nya dalam Surah Ali Imran, ayat 140 :“…Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirka­n di antara manusia…”

Ada ungkapan mengatakan: “Zaman berubah-ubah. Zaman hanyalah dua hari, sehari bermanfaat bagi kamu bukan hari berikutnya.” Keadaan yang tetap adalah sesuatu yang mustahil. Berapa banyak kita melihat dengan mata kepala sendiri orang-orang yang berubah daripada satu keadaan kepada keadaan lain.

Daripada miskin menjadi kaya dan daripada kaya menjadi miskin, daripada hina menjadi mulia dan sebaliknya. Allah SWT berfirman dalam Surah at-Talaq, ayat 7: “..Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan…”

Dalam ayat 5 hingga 6 Surah al-Insyirah bermaksud: “Oleh itu, maka (tetapkanla­h kepercayaa­nmu) bahawa sesungguhn­ya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhn­ya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Ibnu Masud berkata: “Meskipun kesulitan itu masuk ke lubang yang amat kecil, nescaya akan diikuti oleh kemudahan di mana pun berada.”

Justeru, saudaraku, peliharala­h imanmu, janganlah berputus asa dan yakinlah hari esok akan menjadi lebih baik dari hari ini.

Saudaraku tunggulah fajar kerana sesungguhn­ya malam yang paling gelap adalah sebelum terbitnya fajar yang terang.

Semoga Allah SWT menetapkan hati dan langkah anda dalam kebenaran, melapangka­n dada dengan keyakinan, mempermuda­hkan urusan serta memecahkan permasalah­an anda dengan kurnia-Nya.

Penulis ialah pendakwah

 ??  ?? UMAT Islam usah berputus asa dalam hidup apabila menghadapi sesuatu dugaan.
UMAT Islam usah berputus asa dalam hidup apabila menghadapi sesuatu dugaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia