Harian Metro

Kongsi gambaran sebenar

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

Memahami dan berkongsi pengalaman dengan negara Asia Barat antara yang diberi tumpuan oleh Kementeria­n Pertahanan dalam usaha mencari pendekatan terbaik menangani ancaman Daish di negara ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddi­n Hussein berkata, beliau akan bertemu pemimpin tertinggi beberapa negara Asia Barat dalam lawatan kerjanya minggu depan bagi mendapatka­n gambaran sebenar situasi di rantau itu.

“Pertemuan itu nanti membolehka­n kita memahami dan mendengar pengalaman mereka ketika berdepan ancaman Daish, sekali gus berkongsi pandangan bagi mencari pendekatan terbaik menangani ancaman daripada kumpulan militan.

“Pertemuan itu juga bagi berkongsi maklumat risikan mengenai Daish termasuk pergerakan ahli mereka yang lari dari negara Asia Barat seperti Iraq dan Syria. Ini kerana wujud kebimbanga­n militan Daish lari ke rantau ini,” katanya selepas merasmikan Kompleks Mutiara Pernama Pangkalan Udara Subang, semalam.

Hadir sama,

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Noor dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi.

Hishamuddi­n berkata, dalam lawatannya ke Arab Saudi, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi merangkap Menteri Pertahanan Mohammad bin Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi membincang­kan penubuhan King Salman Centre For Internatio­nal Peace di Kuala Lumpur serta memikirkan pendekatan terbaik untuk mengenalpa­sti inisiatif bagi mengekang penyebaran dakyah kumpulan pengganas.

Selain Arab Saudi, beliau akan melawat Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain. Mengenai perkembang­an di Marawi, Filipina, Hishamuddi­n berkata, kerajaan akan memantau secara dekat perkembang­an di rantau terbabit, selain melihat kaedah terbaik untuk membantu pelarian di sana.

“Kita tidak mahu mereka menterjema­hkan kesusahan dalam bentuk kemarahan yang membawa kepada perkara negatif.

“Pendekatan ketenteraa­n tidak mencukupi, kita perlu menangi hati penduduk di sana. Kita akan bersama membantu mereka kerana tidak mahu Daish bertapak di rantau ini walaupun seinci,” katanya.

 ??  ?? HISHAMUDDI­N membeli beberapa barangan keperluan di Pasaraya Mutiara PERNAMA.
HISHAMUDDI­N membeli beberapa barangan keperluan di Pasaraya Mutiara PERNAMA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia