Harian Metro

Benih pokok tin keratan dahan

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

 UIAM sedia kongsi kepakaran kepada orang ramai usaha tanaman tanpa modal besar

Fakulti Kuliah Sains Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan sedia berkongsi kepakaran dengan pihak yang berminat mengusahak­an tanaman pokok tin tanpa memerlukan modal besar.

Ketua Jabatan Sains Tumbuhanny­a, Dr Rozitawati Shahari berkata, kejayaan melakukan penyelidik­an membabitka­n medium tanaman, baja, penyakit dan khasiat yang terdapat pada pokok berkenaan perlu disebarkan kepada masyarakat.

Menurutnya, selama tiga tahun kajian dilakukan dengan perbelanja­an lebih RM32,000 dan hasilnya banyak rumusan dapat dibuat membabitka­n tanaman pokok tin yang sebelum ini ramai tidak yakin tumbuhan terbabit boleh hidup di negara ini.

Katanya, penggunaan 100 peratus medium organik selain tidak menggunaka­n racun menjadi kelebihan kepada projek tanaman pokok tin yang diusahakan Fakulti Kuliah Sains UIAM kampus Kuantan dengan kerjasama Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Pihak yang berminat mempelajar­i teknik menanam dan menjaga pokok tin boleh menghubung­i UIAM kampus Kuantan, aktiviti pendidikan tanaman diadakan setiap hujung minggu.

“Kita juga menjual benih pokok tin pada harga antara RM20 dan RM200 mengikut saiz pokok yang dihasilkan daripada keratan dahan,” katanya yang berjaya menghasilk­an buah tin mencecah berat 80 gram sebiji.

Dr Rozitawati berkata, pihaknya kini mempunyai lebih 700 pokok tin pelbagai saiz dan umur untuk tujuan penyelidik­an serta dijual kepada pihak berminat, hanya kaedah keratan dahan sahaja digunakan untuk menghasilk­an pokok baru.

Menurutnya, penyelidik­an terbaharu yang sedang dilakukan ialah untuk melakukan cantuman antara pokok tin dengan pokok ara tempatan sekiranya berjaya sejarah baru dalam bidang sains pertanian berjaya dicipta di UIAM kampus Kuantan.

“Buah dan daun pokok tin mendapat permintaan menggalakk­an daripada syarikat tempatan dan luar negara bagi menghasilk­an teh serta jus untuk pasaran antarabang­sa, justeru, masyarakat di negara ini perlu beralih untuk menanam pokok tin yang begitu mudah penjagaann­ya.

“Pokok tin boleh ditanam dalam pasu sebagai pokok hiasan secara terbuka kepada matahari, pokok berkenaan tidak memerlukan banyak air. Dalam tempoh tidak sampai setahun ditanam pokok terbabit akan berbuah,” katanya di sini, semalam.

 ??  ?? DR Rozitawati (kiri) bersama pelajarnya melakukan penyelidik­an pada pokok tin di UIAM kampus Kuantan.
DR Rozitawati (kiri) bersama pelajarnya melakukan penyelidik­an pada pokok tin di UIAM kampus Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia