Harian Metro

Pengendali kren tak menyesal balik kampung tanam cili

-

Alor Gajah: Pelaburan seorang bekas pengendali kren dermaga dalam sektor penanaman cili besar dan cili padi setahun lalu berbaloi apabila dia kini mampu membekalka­n antara 10 dan 15 kilogram (kg) kedua-dua

jenis tanaman itu setiap hari.

Keputusan Shahrul Izwan Abdul Wahab, 29, menceburi sektor penanaman cili besar dan cili padi secara fertigasi dibuat selepas berhenti daripada bekerja di sebuah syarikat beroperasi di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor, Jun tahun lalu.

Dia kemudian pulang ke kampung di Kampung Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah, di sini, untuk mengusahak­an tanah seluas 0.2 hektar.

“Sebelum berhenti kerja, saya menyemai 500 benih cili besar dengan bantuan rakan dari Negeri Sembilan yang sudah lama aktif dalam sektor pertanian.

“Cili besar hanya mengambil masa 75 hari untuk matang. Pada tuaian pertama saya kutip 15kg cili besar kemudian dijual kepada peniaga di Pasar Kuala Sungai Baru pada harga RM15 satu kg,” katanya ketika ditemui di kebun berkenaan, semalam.

Kejayaan itu mendorong Shahrul Izwan menyemai 500 lagi benih cili besar pada Oktober lalu dalam usaha mengembang­kan aktiviti penanaman diusahakan.

Malah, dia memberanik­an diri menyemai 800 benih cili padi yang mempunyai permintaan tinggi sepanjang tahun di tapak bersebelah­an.

“Sekarang saya dibantu dua ibu saudara untuk memetik cili kerana kalau harapkan tenaga seorang sahaja, pasti tidak sempat untuk tuai kesemuanya, sekali gus,” katanya.

Bagi mempelbaga­ikan hasil tuaian, Shahrul Izwan, turut memetik cili besar muda atau cili hijau dijual pada harga RM6 satu kg.

Usahawan tani itu berkata, ibu saudaranya Maisarah Jidin, 58, dan Suzana Abdul Aziz, 48, masing-masing mampu memetik lima kg cili padi dan 10 kg cili hidup setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari untuk menambah sumber kewangan keluarga masing-masing.

 ?? Shahrul ?? SHAHRUL menunjukka­n cili hijau yang dituai sebelum dijual kepada peniaga. Cili besar hanya mengambil masa 75 hari untuk matang. Pada tuaian pertama saya kutip 15kg cili besar dan dijual kepada peniaga di Pasar Kuala Sungai Baru pada harga RM15 satu kg”
Shahrul SHAHRUL menunjukka­n cili hijau yang dituai sebelum dijual kepada peniaga. Cili besar hanya mengambil masa 75 hari untuk matang. Pada tuaian pertama saya kutip 15kg cili besar dan dijual kepada peniaga di Pasar Kuala Sungai Baru pada harga RM15 satu kg”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia