Harian Metro

Hanya terbaring

- Asmah Rusman asmah_rusman@hme- tro.com.my

Malang tidak berbau. Itulah yang menimpa seorang pemandu teksi selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya Februari tahun lalu hingga menyebabka­n dia tidak berupaya bekerja sekali gus hilang punca pendapatan.

Mohd Shakier Ismail, 47, dipercayai dilanggar lari sebuah kereta yang datang dari belakang ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Klang dalam kejadian jam 11.20 malam.

Kejadian itu menyebabka­n tulang belakangny­a patah selain cedera teruk tumit kaki kanan.

Menurut bapa kepada tiga anak berusia antara 12 hingga 19 tahun itu kemalangan itu menyebabka­n dia tidak mampu keluar bekerja dan hanya terbaring di atas katil di rumah sewanya di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, dekat sini.

Mohd Shakier berkata, kini keluargany­a bergantung kepada bantuan zakat dan wang ihsan yang dihulurkan keluarga dan rakan bagi menampung keperluan harian dan perbelanja­an persekolah­an dua anaknya.

“Saya kembali memandu teksi beberapa bulan selepas kecederaan yang dialami

 Pemandu teksi hilang upaya selepas parah kena langgar

sembuh, namun sakit pada bahagian belakang sering menyerang secara mengejut.

“Berikutan itu, doktor pakar menasihatk­an saya berehat di rumah selain menjalani fisioterap­i untuk memastikan tubuh saya benar-benar sihat dan kuat.

“Malangnya kecederaan tulang belakang dan pinggul ini terlalu serius, malah doktor mengesahka­n saya hilang upaya untuk bekerja,” katanya.

Menurutnya, keluargany­a hilang mata pencarian kerana isterinya menghidap kencing manis kronik tidak bekerja.

“Isteri hanya mengambil upah membuat kuih dan pendapatan itu cukup menyara persekolah­an anak.

“Duit sewa rumah kami tidak mampu bayar, tetapi saya bersyukur kerana tuan rumah memberi kebenaran kami menumpang teduh buat sementara waktu,” katanya. Katanya, dia sentiasa berdoa untuk kembali sihat dan boleh bekerja semula.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh menghulurk­an ke akaun Bank Islam kepunyaan Mohd Shakier Ismail, 1415302025­8239.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Shakier menunjukka­n laporan polis dan perubatan miliknya.
MOHD Shakier menunjukka­n laporan polis dan perubatan miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia