Harian Metro

Dipenjara sehari curi barang

- Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

Padah mencuri pelbagai barangan penjagaan diri, seorang peniaga warga Indonesia dihukum penjara sehari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu terhadap Fima, 38, selepas wanita itu mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya.

Tertuduh turut berdepan hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri pelbagai barangan termasuk perapi rambut, masker, bulu mata palsu dan bedak keseluruha­nnya berjumlah RM472.30 di sebuah pasar raya di Jalan Sultan Ismail di sini, jam 9 malam, 4 Julai lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau kemudian hendaklah diseksa dengan penjara serta boleh dikenakan denda dan sebat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan hukuman ringan kepadanya atas alasan dia sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

“Saya berjanji akan menjaga anak-anak dan menjadi ibu yang baik kepada mereka,” katanya.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa

Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kepada tertuduh.

Seorang pengusaha kedai kek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan mengambil 19 warga asing yang tidak memiliki pas sah untuk bekerja di premisnya di Subang Jaya, Selangor pada 23 Mei lalu.

Tertuduh, Hamdam Ismail, 45, didakwa melakukan kesalahan itu di alamat Kedai Kek Harissa (yang dimiliki oleh Nur Cake House Sdn Bhd), No 5 & 11, Taman Pinggiran USJ 1/11, 47600 Subang Jaya.

Hamdam didakwa melakukan

 Tauke kedai kek minta bicara tuduhan gaji warga asing tanpa pas sah

 ??  ?? HAMDAM (kiri) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggaji 19 pekerja asing tanpa dokumen yang sah.
HAMDAM (kiri) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggaji 19 pekerja asing tanpa dokumen yang sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia