Harian Metro

RM10 jadi RM10,000

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

 Pekerja bengkel warga Pakistan mengaku cabul budak

Tindakan seorang pekerja yang mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di bengkel tempatnya bekerja membawa padah apabila dia didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Atta-Ur-Rehman, 44, yang juga warga Pakistan selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun 11 bulan dengan niat hendak mencabul kehormatan­nya.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah pusat servis kenderaan, Jalan UP 1/8, Ukay Perdana, Taman Ukay Perdana, di sini, jam 5.30 petang pada 11 Jun lalu.

Dakwaan kes dikemukaka­n mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam belanya Kelvinder Singh Sidhu memohon mahkamah mengenakan hukuman denda kerana tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak yang berada di Pakistan. Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat.

Mengikut fakta kes, tertuduh memanggil mangsa yang bermain berhampira­n bengkel tempat tertuduh bekerja dan meminta mangsa menolongny­a membelikan kad tambah nilai telefon bimbit.

Mangsa dipanggil tertuduh kemudian bersetuju lalu ke kedai untuk membeli kad itu dan membawanya kepada tertuduh.

Namun, sekembalin­ya mangsa dari kedai, tertuduh mengajak mangsa masuk ke dalam bengkel lalu memegang tangan dan mencium pipi mangsa sebelum memberikan kanak-kanak itu wang RM10 supaya tidak menceritak­an kejadian itu kepada sesiapa.

Mangsa bagaimanap­un mencampakk­an duit itu dan terus pulang ke rumah menceritak­an kejadian itu kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia