Harian Metro

Dituduh perdaya kenalan RM2.5 juta

-

Petaling Jaya: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua pertuduhan menipu kenalannya dalam urusan jual beli saham syarikat hartanah bernilai RM2.5 juta empat tahun lalu.

Muhammad Zarif Abdullah Menon, 44, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah ketika semua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusoff.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya kenalannya yang juga seorang ahli perniagaan, Md Haris Rifin, 61, dengan cara menyerahka­n dokumen pemindahan saham syarikat Bayu Tenang Sdn Bhd di mana dia menyerahka­n dua keping cek bank Standard Chartered.

Perbuatan itu tidak akan dilakukan Md Haris jika tidak diperdayak­an sedemikian hingga dia menyerahka­n dua keping cek berjumlah RM2.5 juta untuk pembelian saham syarikat itu.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di No 1, Jalan PJS 3/1, Taman Medan, di sini, pada jam 10 pagi, 16 Julai 2013.

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim menawarkan jaminan RM250,000 untuk kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanap­un, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya adalah penanggung utama keluarga dan rela dikenakan syarat tambahan sekiranya jaminan dibenarkan.

Mahkamah membenarka­n jaminan RM25,000 dengan dua penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah dan melaporkan diri ke balai polis berhampira­n sebulan sekali.

Selain itu, mahkamah menetapkan 3 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia