Harian Metro

APMM terbaik

- Samadi Ahmad am@hmetro.com.my

 SPRM puji pasukan beruniform kerajaan paling kurang rasuah

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menjadi antara pasukan beruniform kerajaan terbaik dalam menangani salah guna kuasa dan membantera­s amalan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Pengurusan dan Profesiona­lisme) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Jamidin Abdullah berkata, penilaian itu berdasarka­n aduan dan penolakan sogokan yang dilaporkan pegawainya kepada SPRM.

Beliau berkata, jumlah kes tinggi membabitka­n amalan rasuah dilaporkan pegawai APMM itu menunjukka­n ketegasan mereka memerangi isu rasuah dan mengekang ketirisan hasil negara.

“SPRM mendapati ada beberapa pegawai Maritim Malaysia yang sama kerap tampil membuat laporan berkaitan rasuah yang ditawarkan kepada mereka.

“Justeru, mereka layak menerima anugerah atas integriti ditunjukka­n ketika bertugas,” katanya selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Maritim Malaysia, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Maritim Malaysia Datuk Zulkifli Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia Datuk Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia Datuk Taha Ibrahim.

Pada majlis itu, lebih 4,000 pegawai dan anggota APMM dari seluruh negara menyahut seruan dengan mengambil inisiatif menandatan­gani IBR yang diadakan secara kerjasama dengan SPRM.

Sehingga kini, 193 agensi menandatan­gani IBR termasuk 15 kementeria­n, jabatan kerajaan (57), kerajaan negeri (63), badan berkanun (24), institusi pengajian tinggi swasta (enam) dan 20 badan bukan kerajaan (NGO).

Jamidin berkata, sebagai agensi penguatkua­sa, APMM perlu diperkasa dan diperkukuh­kan supaya sentiasa bebas rasuah bagi mengelak dipandang negatif oleh negara luar.

 ??  ?? ZULKIFLI (tengah) menyerahka­n dokumen IBR kepada Mohd Jamidin, semalam.
ZULKIFLI (tengah) menyerahka­n dokumen IBR kepada Mohd Jamidin, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia