Harian Metro

Pancuran air bukit

- Nur Syazwana Mansor am@hmetro.com.my

 Pengguna jalan raya singgah ambil bekalan sejak lebih 20 tahun lalu

“Saya meminum mata air ini sejak lapan tahun lalu dan sudah jadi sumber minuman utama seisi keluarga. Alhamdulil­lah, setakat ini saya tiada penyakit, malah badan sentiasa rasa sihat dan segar,” kata Azmi Rejab, 57.

Azmi antara pengguna setia air bukit di tepi jalan Tanjung Jaga yang tidak pernah sunyi dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai tempat termasuk pengguna jalan raya yang singgah bagi menadah air mata air yang wujud di situ sejak lebih 20 tahun lalu.

Tinjauan Harian Metro di lokasi terbabit juga mendapati, mata air terbabit mengalir laju dan difahamkan ia tidak pernah kering sejak lebih 20 tahun lalu.

Kawasan itu juga tidak pernah sunyi kerana ada pengguna jalan raya atau penduduk berdekatan yang singgah sambil membawa botol untuk mengisi air yang jernih dan menyegarka­n itu.

Azmi yang berasal dari Kampung Sungai Limau berkata, dia mengamalka­n air mata air ini kerana yakin dengan khasiat dan kandungan mineral semula jadinya.

Menurutnya, dia datang tiga minggu sekali bagi mengisi air di dalam botol untuk dijadikan air minuman harian mereka empat beranak.

“Saya datang dalam tempoh tiga minggu sekali dan bawa 10 botol kosong untuk isi air di sini. Air ini juga tahan lama di dalam botol dan langsung tidak berbau atau ditumbuhi lumut ketika disimpan.

“Selain dijadikan minuman, ada juga yang datang ambil untuk tujuan perubatan tradisiona­l pelbagai jenis penyakit,” katanya.

Seorang lagi pengguna, Abd Wahab Ahmad, 74, dari Kampung Sungai Jelam Bujang, Bedong berkata, dia mengamalka­n minum air mata air itu sejak 20 tahun lalu.

Katanya, dia juga tidak mempunyai penyakit malah masih kuat untuk beribadat meskipun usia melebihi 70 tahun.

“Alhamdulil­lah, saya masih bertenaga dan jarang berasa letih dan lesu sejak mengamalka­n minum air mata air ini, malah ramai kawan seusia saya terkejut ketika kami bersama-sama menunaikan umrah, baru-baru ini kerana saya masih kuat berjalan berbanding mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ABD Wahab mengamalka­n minum mata air sejak 20 tahun lalu.
ABD Wahab mengamalka­n minum mata air sejak 20 tahun lalu.
 ??  ?? AZMI menunjukka­n kejernihan air mata air di Tanjung Jaga.
AZMI menunjukka­n kejernihan air mata air di Tanjung Jaga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia