Harian Metro

3 tukar pengakuan sertai kongsi gelap

-

Klang: Tiga pelajar yang sebelum ini mengaku salah kerana terbabit dengan kumpulan kongsi gelap menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Berikutan itu, Majistret Datin Nor Asma Ahmad menetapkan tarikh baru iaitu 27 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula dan penyerahan dokumen bagi kes berkenaan.

Sebelum ini, pada Mei lalu, tertuduh bersama 49 lagi remaja termasuk seorang penuntut kolej didakwa kerana terbabit dengan kumpulan kongsi gelap.

Daripada jumlah itu, 49 daripada mereka mengaku tidak bersalah ketika prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Seramai 42 daripada mereka pelajar berusia 15 tahun hingga 17 tahun dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Mahadi, SMK Sri Andalas, SMK Kampung Jawa dan SMK Simpang Lima.

Mengikut pertuduhan, semua suspek bersama beberapa lagi

individu yang masih bebas terbabit dalam satu perhimpuna­n yang menyalahi undang-undang seperti dipaparkan dalam video perhimpuna­n upacara memotong kek dihiasi angka 24.

Mereka didakwa melakukan kesalahan terbabit dalam perhimpuna­n yang memudaratk­an awam di depan SMK Sri Andalas, jam 12.30 tengah

hari, 20 April lalu dan di depan SMK Raja Mahadi, SMK Kampung Jawa serta SMK Simpang Lima antara jam 12.40 hingga 1.15 tengah hari, 21

April lalu.

Sehubungan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpuna­n haram. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara enam bulan atau denda

 ??  ?? PELAJAR yang menghadiri prosiding di mahkamah, semalam.
PELAJAR yang menghadiri prosiding di mahkamah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia