Harian Metro

Jel setahun curi motosikal

-

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam kerana memiliki sebuah motosikal curi jenis Honda Wave.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Baderull Hishan Muda, 34, dari Desa Permai, Marang mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri motosikal milik Nurul Fatin Zanawi, 23, di Jalan Tok Adis, Kuala Ibai di sini, 7.45 petang pada 1 Februari lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda.

Mengikut fakta kes, mangsa parkir motosikaln­ya berhadapan Pasaraya Mydin pada jam 7.45 petang pada 1 Februari lalu sebelum masuk ke dalam pasar raya berkenaan.

Kehilangan motosikaln­ya itu hanya disedari 45 minit kemudian sebaik mangsa selesai membeli barangan di dalam pasar raya berkenaan.

Mangsa cuba mencari motosikal miliknya itu, tetapi gagal dan yakin kenderaann­ya dicuri mengambil keputusan membuat laporan polis.

Seorang wanita dan lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, kerana dituduh membunuh remaja lelaki di sebuah flat di Padang Tembak, 27 Jun lalu.

Tertuduh, A Thulasi, 30, E Vinoth, 25, dan empat remaja bawah umur berusia 15 hingga 17 tahun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid dan tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka serta dua lagi yang masih bebas didakwa dengan tujuan bersama menyebabka­n kematian M Sathiwill, 20, di rumah di Blok J Boundary, Jalan Padang Tembak, di sini, antara jam 1 pagi dan 1 tengah hari 27 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? MOHD Baderull (dua dari kiri) diiringi keluar dari mahkamah.
MOHD Baderull (dua dari kiri) diiringi keluar dari mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia