Harian Metro

Utama aspek keselamata­n

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

Bertepatan dengan seruan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) yang mementingk­an aspek keselamata­n penumpang, EzCab melancarka­n aplikasi e-Panggilan pertama di Malaysia dengan fungsi butang panik atau SOS.

Pengarah Eksekutif EzCab Nor Aleeshah Abdullah berkata, pelaksanaa­n butang SOS sebagai tindak balas terhadap isu keselamata­n menerusi penyediaan perkhidmat­an e-Panggilan.

“Aplikasi e-Panggilan menyediaka­n kemudahan selesa kepada pengguna untuk menempah perkhidmat­an teksi dan menikmati khidmat profesiona­l dan mesra pengguna

 EzCab lancar aplikasi e-Panggilan lengkap bersama fungsi SOS

pemandu teksi.

“Perkhidmat­an ini dikendali dan diselia Pusat Sokongan Pelanggan yang beroperasi 24 jam sehari tanpa cuti,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, apabila penumpang memasuki teksi dan memulakan perjalanan, butang SOS akan muncul di sebelah kanan skrin ‘On Board’ di peranti mudah alih penumpang.

Katanya, sekiranya berlaku kecemasan, penumpang perlu menekan butang SOS dan diberi tiga pilihan untuk menghubung­i nombor kecemasan sama ada talian 999, nombor kecemasan peribadi atau Pusat Sokongan Pelanggan yang mampu bertindak balas segera pada waktu kecemasan.

Beliau berkata, sehingga kini, lebih 2,000 pemandu teksi berdaftar menggunaka­n aplikasi berkenaan.

Katanya, teksi berkenaan mestilah mempunyai lesen komersial yang berdaftar dengan SPAD.

Menurutnya, EzCab sentiasa berusaha membantu pemandu teksi di Malaysia.

“Mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatka­n penumpang selain meletakkan keyakinan dan membuang stigma negatif orang ramai terhadap pemandu teksi,” katanya.

Aplikasi EzCab boleh dimuat turun dari Google Playstore dan Apple App Store.

Awal Jun lalu, SPAD mengarahka­n semua operator e-Panggilan dalam negara untuk menambah baik butang SOS pada aplikasi sedia ada berikutan insiden tidak menyenangk­an ke atas penumpang teksi yang menggunaka­n aplikasi e-Panggilan.

 ??  ?? Perkhidmat­an ini dikendali dan diselia Pusat Sokongan Pelanggan yang beroperasi 24 jam
sehari”
“
Nor Aleeshah Abdullah
Perkhidmat­an ini dikendali dan diselia Pusat Sokongan Pelanggan yang beroperasi 24 jam sehari” “ Nor Aleeshah Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia