Harian Metro

Double Seven terbabit kegiatan jenayah berbahaya

-

Kuala Lumpur: Kumpulan kongsi gelap Double Seven dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah berbahaya termasuk melakukan ugutan bagi mendapatka­n wang serta menawarkan perlindung­an.

Menurut sumber, kumpulan kongsi gelap itu turut menawarkan perlindung­an bagi bidang perniagaan tertentu termasuk aktiviti perjudian dan pelacuran daripada diganggu pihak ketiga atau pihak berkuasa di sesebuah kawasan.

Katanya, Double Seven dan beberapa kumpulan kongsi gelap lain turut terbabit dalam aktiviti mengawal tempat letak kereta di kawasan awam terutamany­a tempat tumpuan ramai seperti kelab malam dengan mengenakan bayaran tinggi.

“Bagi mengaburi aktiviti haram mereka, kumpulan ini turut menjalanka­n aktiviti seperti menjual aksesori kecantikan, pakaian, kopi, minyak hitam serta beberapa khidmat lain yang diiklankan dalam laman sosial.

“Mereka akan membincang­kan sesuatu perancanga­n perniagaan dalam mesyuarat dan perjumpaan tertentu yang diadakan secara tertutup di seluruh negara.

“Kumpulan ini turut mempunyai pemimpin atau ketua di setiap kawasan seperti bandar dan daerah yang digelar Ayahanda dan Abang Long yang mempunyai jumlah pengikut tertentu dilantik melalui sumpah baiah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang lelaki bergelar Datuk dipercayai ketua Double Seven ditahan dalam serbuan di Seremban, Negeri Sembilan, Selasa lalu.

Suspek berusia 47 tahun ditahan oleh Pasukan Taktikal Khas Antimaksia­t, Judi dan Gengsteris­me (STAGG) Bukit Aman bagi siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Judi (D7) Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata, sejak Januari hingga kelmarin, pihaknya sudah menahan 770 orang dalam Operasi Cantas (Op Cantas) yang bertujuan membantera­s kegiatan kongsi gelap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia