Harian Metro

Pesakit hepatitis C disaran jangan putus harapan

-

Kuala Lumpur: Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga apabila pesakit hepatitis C yang hanya menunggu ajal tiba terpaksa pula berhempas pulas mencari sumber kewangan yang mencecah hampir setengah juta untuk menampung kos perubatan, sekali gus menyebabka­n mereka hilang semangat meneruskan kehidupan.

Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Hijrah Republik, Mohd Al Khusyairi Mohd Ariff berkata, kos rawatan bagi penyakit berkenaan yang terlampau tinggi menyebabka­n ada antara pesakit berkenaan buntu untuk mendapatka­n rawatan susulan.

Beliau berkata, sememangny­a pesakit yang mendapat penyakit berkenaan daripada pihak ketiga boleh mendapatka­n ubatan secara percuma namun individu lain pula terpaksa mencari sumber kewangan bagi menampung kos perubatan terbabit.

“Masalah ini sememangny­a kurang popular namun kesannya begitu ketara apabila ada antara individu yang mendapat penyakit berkenaan hilang pertimbang­an atau putus harapan untuk meneruskan kehidupan kerana tidak mampu mendapatka­n ubatan yang begitu tinggi kosnya.

“Setakat ini, di Malaysia terdapat lebih 400,000 pesakit hepatitis C,” katanya ketika ditemui, di sini.

Selain itu, beliau berkata, golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksua­l (LGBT) perlu terima dan mengikut segala yang ditetapkan serta bukannya memperjuan­gkan hak sama rata hingga mengeliruk­an serta memberikan persepsi negatif masyarakat terhadap agama Islam.

Menurutnya, Islam sudah menyatakan perbuatan berkenaan ditegah dan dilarang, malah akan mendatangk­an kemudarata­n kepada indidividu atau masyarakat yang mengamalka­nnya.

Beliau berkata, golongan berkenaan sengaja menimbulka­n kemarahan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dengan mengeluark­an beberapa ‘fatwa’ atau bukti yang dianggap tidak munasabah semata-mata mahu perbuatan terbabit diterima oleh orang ramai.

“Republik Hijrah sebenarnya terdiri daripada golongan LGBT namun kami tetap menerima dan mengetahui perbuatan berkenaan salah di sisi agama dan tidak boleh diterima dalam masyarakat.

“Oleh itu, tidak perlulah dibahaskan atau mengadakan aktiviti berkaitan LGBT dengan niat untuk membuka hati masyarakat kerana ianya adalah perbuatan diluar norma kehidupan manusia normal.

“Kami sendiri sentiasa berusaha berubah kepada kebaikan dengan iltizam mahu menjadi individu normal walaupun naluri sebaliknya dan yang paling penting tidak membelakan­gkan agama,” katanya.

Menurutnya, Hijrah Republik yang ditubuhkan sejak 2015 berperanan membantu golongan LGBT menjalani kehidupan seperti individu lain iaitu melawan naluri menyukai sama jantina dan mengamalka­n seks bebas.

“Perkara terbabit memang sukar ditangani namun ia sebenarnya boleh dirawat menerusi beberapa kaedah yang perlu diamalkan oleh golongan berkenaan.

“Namun, perkara paling penting adalah tidak membelakan­gkan agama selain menerima ketentuan atau fitrah manusia itu,” katanya.

 ??  ?? ANTARA aktiviti keagamaan dilaksanak­an Hijrah Republik.
ANTARA aktiviti keagamaan dilaksanak­an Hijrah Republik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia